Malu…

Bismillah walhamdulillah….

Alhamdulillah, semoga kita semua senatiasa dalam rahmat Allah.

Saya tertarik dengan tazkirah pagi Tanyalah Ustaz tadi. Tunaikan hak Alah melebihi yang lain. Solatlah di awal waktu, segerakanlah urusan jenazah dan segera kahwinkan anak yang sudah sampai umurnya dengan orang yang meminang.

SubhanAllah, betapa malu rasanya sekian lama diberi kenikmatan hidup rupanya selama ini saya lebih banyak mendahulukan hak makhluk lain berbanding Allah….. Hampir 3 dekad hidup tanpa melebihkan hak Dia…. Mana mahu saya letakkan muka nanti bila ditanya ketika mengadapNya? MALU !

Solat yang khusyuk boleh dibilang jari, itupun khusyuk yang lebih sikitlah dari solat yang lain namun belum tentu Dia kategorikan betul khusyuk. Entah-entah saya rasa aje macam dah khusyuk, sebenarnya belum lepas spesifikasiNya. Lalu sekali lagi, mana mahu letak muka nanti ketika ditanya? MALU!

Saya juga teruja dengan perkhabaran dari pentadbiran U-MKI semalam, subhanAllah. Betapa beruntung tersenarai menjadi pelajar U-MKI. Ini adalah jalan terbentang luas yang Allah bukakan ke arah pencen akhirat. Ramai sekali pelajar yang mendaftar, malah besar sekali jumlah yang diperolehi hasil tugasan pertama sehingga mendebarkan hati pentadbiran U-MKI.

Moga-moga doa rakan se universiti, malah pentadbir U-MKI sendiri buat anak-anak didik U-MKI merupakan doa paling mustajab untuk kita. Manakan tidak, rata-rata saya tidak mengenali mana-mana individu dari universiti ini melainkan sedikit. Bukankah doa ikhlas dari sesiapa sahaja tanpa diketahui orang yang didoakan itu mustajab? Apa lagi jika kita mendoakan orang lain atas dasar saudara sesama muslim semata2, tiada sebab lain.

Mudah-mudahan inilah ‘top-up’ untuk kita nanti dikala begitu MALU mengadap Allah….. Ameen

Advertisements

Tanda syukur

Bismillah walhamdulillah,

“Wanita yang cantik lagi taqwa, rumah yang luas, rezeki yang cukup dan tetangga yang soleh adalah kenikmatan yang kurang disedari oleh kebanyakan manusia.”

“Kemampuan melupakan hal-hal yang tidak disenangi adalah suatu nikmat, mengingat nikmat-nikmat adalah kebaikan, dan tidak memikirkan kekuraangan orang lain adalah satu keutamaan”

Demikian dua mutiara kata Al Qarni…..

Dalam maksudnya bagi yang mahu berfikir.

Panggilan Ilahi

Alhamdulillah,

Ketika ini saya sedang menunggu suami untuk balik ke rumah mak ayah kerana Tok Ki (atuk) telah kembali mengadap Ilahi pagi tadi. Semalam, saya sempat sembang sekejap dengan blogger Hjh Kherun, cakap pasal kematian. Pagi tadi saya menerima panggilan dari ibu mengatakan Tok Ki dah pergi.

Rasanya baru je 2 minggu lepas, dapat berita kematian bonda Hjh Kherun, dituruti seorang rakan sejawat yang baru selesai menjalani DNC, kemudian ibu kepada rakan sejawat yang lain, dituruti abang kepada bapa saudara. Minggu ini, adik kepada Ketua Bidang kami, anak kepada sepupu suami, dan terdekat Tok Ki sendiri.

Takutnya mahu mengadap Ilahi, apalah yang nak di bawa.

 

This entry was posted on February 4, 2013. 2 Comments

Pertama di hati….

Alhamdulillah, limpahan rezeki Dia kirimkan melalui pelbagai cara.

Namun bagi kami terutamanya saya, ia selalu datang bagi menguji hati. Kejutan yang kadang kadang tiada pernah terfikir. Kenapa tajuknya pertama di hati? Dia Yang Maha Agung, tiada sekutu bagiNya. Bukankah setiap kali solat kita berjanji bahawa sesungguhnya hidup dan mati hanya untukNya?

IMG_20130123_203831

IMG_20130111_215928

IMG_20130123_195709

IMG_20130123_195656(1)


Dua gambar di atas merupakan hadiah yang tidak mengujakan saya, sama seperti saya menerima set home theater tahun lepas. Ia menggusarkan, kerana saya tidak tahu apa yang harus saya buat dengan barang yang bukan murah harganya namun tidak pandai saya manfaatkan.

Dua yang seterusnya itu pula, sangat sangat cukup untuk stok barang dapur kami. Terima kasih Allah untuk kedua-duanya. Saya masih memikirkan hikmah Allah sampaikan set makeup Estee Lauder tersebut yang telah selamat saya berikan kepada kawan-kawan yang berkenan pagi tadi. Teruja sekali mereka terus kenakan pada wajah tadi. Saya mohon keampunan Allah jika ini bukan tindakan yang betul namun gerak hati saya mengatakan saya akan biarkan ianya rosak jika terus simpan.

Pakai untuk buah hati? Ya, saya dah tanya suami. Dia setuju bila saya cakap apa yang saya nak buat. Katanya, sama sahaja saya pakai atau tidak. 🙂

Ujian Kesihatan

Alhamdulillah, masih menghirup udara segar pagi Isnin yang indah. Minggu lepas, seminggu kesihatan saya tak berapa baik. Kemuncaknya ialah pada ulang tahun kelahiran saya sehingga memaksa saya dapatkan mc setelah bertahan 4 hari. 

Saya nampak tanda-tanda anak-anak juga sudah lemah. Namun rasa gembila untuk ke sekolah melupakan kedua-duanya bahawa mereka kurang sihat. Petangnya, ketika saya ambil si adik beliau menangis-nangis sakit gigi dan tak sedap badan. Si kakak pula mengadu hidung berdarah dan sakit kepala.

Lalu hari ini saya terpaksa mengalah, ambil cuti dan tunggu si adik yang sudah bengkak pipinya menahan sakit gigi. Dr maklumkan belum boleh buat apa-apa ketika sakit. Cuma makan antibiotik dan ubat tahan sakit (pcm). 

Semalaman si adik asyik terbangun dan merengek mahu tidur bersama saya. Tak sampai hati nak kata tak boleh, semalam adik berbantalkan lengan Umi.

Kakak pula, tetap bersemangat dan berkeras mahu ke sekolah. Oleh kerana saya cuti, maka saya tak risau kakak ke sekolah. Nampak dia pun makin okay pagi ini. Risau juga semalam bila si kakak mengadu sengal kaki. Tapi saya dan suami banyak kali bertanya samada beliau betul-betul nak ke sekolah. Beliau begitu yakin nak ke sekolah juga.

Doakan kesejahteraan dan kesihatan kami ya sahabat….

 

This entry was posted on January 14, 2013. 2 Comments

Masa semakin suntuk….

Alhamdulillah, hari ini peluang menatap bumi Allah yang terbentang luas serta menghirup udara segar memasuki fasa seterusnya. Usia bertambah, bermakna peluang menimba ilmu dan mencari bekalan semakin suntuk. Mudah mudahan Allah terus mengurniakan saya keberkatan usia.

Apa lagi yang saya cari? Apa lagi yang saya mahu? Banyak……

1. Saya mahu waktu yang sentiasa memberikan saya ruang terhampir padaNya

2. Saya masih mencari hati yang khusyuk, ikhlas serta ilmu yang bermanfaat

3. Saya mahu setiap denyut nadi saya yang bersisa sentiasa mengingatiNya

4. Saya mahu kasih sayangNya malah semua orang yang saya sayangi ( termasuk anda yang tidak saya kenali) disayangiNya

Dan banyak lagi…. Akhir sekali saya mahu menjadi ahli Baqi’

Hari ini juga, scheduled post terakhir yang saya sempat buat setakat ini. Mudah-mudahan ia perkongsian berguna.

Jibril AS, Kerbau, Kelawar, dan Cacing

Jibril AS, Kerbau, Kelawar, dan Cacing
Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, “hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau”. Si kerbau menjawab, “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri”. Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, “hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar”. “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya”, jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing”. Si cacing menjawab, ” Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya”.