Ujian Kesihatan

Alhamdulillah, masih menghirup udara segar pagi Isnin yang indah. Minggu lepas, seminggu kesihatan saya tak berapa baik. Kemuncaknya ialah pada ulang tahun kelahiran saya sehingga memaksa saya dapatkan mc setelah bertahan 4 hari. 

Saya nampak tanda-tanda anak-anak juga sudah lemah. Namun rasa gembila untuk ke sekolah melupakan kedua-duanya bahawa mereka kurang sihat. Petangnya, ketika saya ambil si adik beliau menangis-nangis sakit gigi dan tak sedap badan. Si kakak pula mengadu hidung berdarah dan sakit kepala.

Lalu hari ini saya terpaksa mengalah, ambil cuti dan tunggu si adik yang sudah bengkak pipinya menahan sakit gigi. Dr maklumkan belum boleh buat apa-apa ketika sakit. Cuma makan antibiotik dan ubat tahan sakit (pcm). 

Semalaman si adik asyik terbangun dan merengek mahu tidur bersama saya. Tak sampai hati nak kata tak boleh, semalam adik berbantalkan lengan Umi.

Kakak pula, tetap bersemangat dan berkeras mahu ke sekolah. Oleh kerana saya cuti, maka saya tak risau kakak ke sekolah. Nampak dia pun makin okay pagi ini. Risau juga semalam bila si kakak mengadu sengal kaki. Tapi saya dan suami banyak kali bertanya samada beliau betul-betul nak ke sekolah. Beliau begitu yakin nak ke sekolah juga.

Doakan kesejahteraan dan kesihatan kami ya sahabat….

 

Advertisements

2 thoughts on “Ujian Kesihatan

    • Kherun Terima Kasih, terutamanya untuk pelawaan ke rumah. Masalah besar kami bila ke kl ialah, tak cukup masa untuk berziarah walaupun ramai saudara mara malah ada adik beradik yang tinggal di sana. 🙂 Tak campur sesat lagi tu. InsyaAllah, jika ada rezeki kita ketemu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s