Oh Anakanda…

Alhamdulillah,

1.1.2013

Kakak bangun dengan bersemangat. Comelnya hadiah Allah untuk Umi dan abah. Kakak, hari pertama kakak pakai kasut saiz 31 ke sekolah, tetapi bila balik kakak pakai saiz 32 pula. Kakak masih tak perasan, namun bila Umi tengok dan tilik, sah kakak tak bawa balik kasut kakak.

2.1.2013

Ingatkah kakak, Umi pesan banyak kali sampai kakak penat nak dengar. Tapi kakak masih tak ingat pesanan itu. Umi pesan supaya tunggu Umi walau macam mana lambat pun. Jangan ke mana-mana dan jangan ikut sesiapa pun orang yang kakak tak kenal. Umi tunggu kakak 1/2 jam. Umi cari kakak di sekeliling bangunan sekolah. Umi tanyakan pelajar besar sikit namun mereka maklumkan semua pelajar dah keluar. Mana kakak?

Umi pesan jangan pergi mana-mana. Tapi mana kakak pergi? Umi pandang rumah Cik Ju sebelah pagar sekolah. Umi nampak 2 pasang kasut sekolah di tangga Cik Ju. Umi harap itu kasut kakak dan Wawa. Alhamdulillah, betul kasut kakak.

Tapi kakak, jangan buat macam ni lagi. Walaupun kakak kenal Cik Ju, kakak kenal Wawa, tapi kakak buat Umi takut. Lain kali jangan buat macam ni sayang…….

3.1.2013

Kakak tersilap masuk kereta orang. Kakak cakap kenapalah orang tu beli kereta sama dengan kereta Umi. Nasib baik kakak keluar semula. Kakak tau tak…….. Kakak sekali lagi buat Umi takut Hari ni.

Janganlah kakak balik sendiri jalan kaki pulak nanti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s