2013

Alhamdulillah, masih dalam ni’mat yang tak terbilang.

Anak-anak memulakan hari pertama dengan ceria. Adik terpaksa berpisah dengan kakak yang memulakan kelas di Tahun 1.

Hujan  berterusan dari semalam membuka lembaran persekolahan tahun baru 2013 dengan kesesakan yang teruk pagi tadi. Setiap lorong berderet, laluan yang selama ini cuma memakan masa 5@6 minit pagi tadi memerlukan 1/2 jam untuk sampai. Parking kelam kabut akibat parent semua nak turunkan anak dalam kawasan yang tak sepatutnya.

Namun, masih ada yang langsung tak dapat memulakan persekolahan hari pertama kerana banjir.

Kes Ralat.

Semalam, selesai solat isyak tiba-tiba stokin yang biasanya saya parking di satu sudut sebelum solat hilang ketika saya mencarinya semula setelah selesai solat. Ia pertama kali berlaku dan agak pelik kerana ada juga jemaah yang tersilap stokin. Pelik lagi, tiada pula stokin lain yang ditinggalkan, bermaksud bukan kes tersilap tengok tapi mungkin terlupa waktu datang tadi pakai stokin ke tidak…. Kelakar pun ada. Tak pe lah, saya cuma hilang stokin buruk. Cuma ralat bagi saya bila keluar tanpa stokin kerana saya memang pakai ketika datang ke masjid.

Sehari sebelumnya pula, saya ke Pejabat Pendaftaran untuk menggantikan kad pengenalan baru. Gara-gara ingatkan memang kena tukar dan takut kena denda mahal jika tak buat. Rupanya tak ada penguatkuasaan atau arahan pun menurut pegawai bertugas. Tak pa lah tu tapi yang ralatnya ialah apabila pegawai kaunter yang melayan saya tidak mengenakan sarung tangan ketika membetulkan kedudukan jari saya. Sedangkan pegawai wanita di kaunter sebelah melayan suami saya boleh mengenakan sarung tangan. Hampir saya sound je pegawai tu tapi orang sangat ramai takut malukan dia pulak. Itulah kelemahan saya! Suami pun nampak dan agak tak puas hati. Berat sangat ke nak sarungkan sarung tangan?

Kes Tak Ralat.

Baru sekejap tadi, usai solat isyak ada jenazah lagi untuk disolatkan. Saya semakin merasakan hari saya juga semakin hampir. Rakan sekerja sudah 4 orang dijemput dalam jarak begitu hampir. Usia saya bakal menginjak 35 ( dah lebih pun ikut tahun Hijrah ) sembilan hari lagi. Ohh… patutlah….. dah tak panjang maknanya kesempatan yang ada. 🙂

Tahun baru benar-benar menampar pipi saya dengan maksud yang dalam. Sangat takut memikirkan apakah bekalan yang mahu dibawa nanti. Mudah-mudahan Husnul Khaatimah menjemput saya bila tiba masanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s