Tanggungjawab

SubhanAllah, sifat hamba yang lemah ini selalu berkeluh kesah.

Saya cuma mengharapkan keampunan Allah jika ini kesilapan dan kealpaan saya. Dua hari lepas, saya menerima panggilan dari second bos untuk attend satu meeting yang langsung tak ada kena mengena dengan skop tugas saya. Berlapang dada, saya nyatakan kedudukan sebenar siapa yang sepatutnya pergi. Bukan saya menolak atau mengelat, cuma cubalah anda faham jika saya buatkan analogi ‘seorang posmen’ yang perlu menghadiri mesyuarat tentang bagaimana membuat ‘setem’. Logik ke? Allahua’lam.

Memang saya pernah menggantikan orang sepatutnya itu menghadiri kursus yang langsung bukan kepakaran saya. Namun saya pergi kerana alasan terpaksa dan tiada pilihan. Tapi sekarang atau kali ini pilihan itu ada. Malah itu kepakaran beliau kenapa pula saya yang harus pergi setelah ‘beliau’ yang saya maksudkan tadi mengemukakan permohonan menyertai pertandingan mencipta ‘setem baharu’ tetapi tidak bersedia dengan rekaciptanya? Lalu saya yang menggantikan sekali ‘kursus penggunaan setem’ dipersalahkan atas dasar saya yang pergi kursus. Saya tidak pernah pun memohon memasuki apa-apa pertandingan, malah tidak pernah dimaklumkan adanya pertandingan.

Alasan kurang logik diberikan supaya saya hadir juga membantu beliau mempersembahkan rekacipta ‘setem baharunya’ yang tak pernah siap dengan alasan beliau bukan orang yang menghadiri kursus. Saya tak lena tidur apabila beliau bekali-kali menelefon saya mahukan saya hadir. Seperti biasa gundah saya bertamu serba salah memikirkan apa patut saya buat.

Jika saya pergi dengan tujuan membantu beliau, tidakkah ianya perbuatan sia – sia kerana tiada apa yang perlu kami persembahkan. Rekaanya tak wujud. Hanya pada Allah saya berserah dan memohon ampun jika ini kesilapan saya. Ini bukan kes pertama yang bermasalah dengan ‘beliau’ ini. Banyak sungguh dan buat saya serik bekerjasama dengannya. Melepas tangan sesudah tanggungjawab diterima bukan kegemaran sesiapa pun kan?

Semoga Allah tunjukkan yang mana Haq dan yang mana Batil. Cuma itu saya mampu doakan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s