Banyak…

Bismillah walhamdulillah….

Hari yang banyak menguji rasa hati….

Semalam, diwaktu petang ketika kemas-kemas laman, saya diuji sedikit rasa hati.

Selepas solat Isyak kami sama-sama solat jenazah secara ghaib untuk salah seorang qariah yang meninggal di Tanah Suci. Bahagialah arwah mudah mudahan kerana beliau dijemput Allah di Madinah kota impian untuk saya turut disemadi. Pergi setelah selesai ibadah Haji, untung kan? Mudah-mudahan saya juga kembali padanya dalam keadaan suci bersih sebegitu di bumi tersemadinya Rasulullah. Ameen.

Berita tentang peritnya penduduk Palestin sekarang…. Allahurabbi. Hancur rasa hati melihat mayat anak kecil yang turut terkorban…. Hanya mampu berdoa …

Ketika seisi rumah sibuk mengemas laman , saya buatkan air sunquick sejuk. Diletak bersama sedikit juadah petang. Tapi ada suara meminta yang lain.

“Puding coctail tak ada? “

Lalu getus hati yang masih diuji rasa semalam begini.

Dah kenapa semalam tak nak jamah? Hari bila dah tak ada diminta pula?”

Jauh hati beberapa hari lalu kembali datang. ( Hati saya diasak pelbagai rasa yang buruk, jahat lagi hina Astaghfirullah…. ). Saya tak patut rasa begini tapi biasalah saat emosi kurang stabil dan Iman gagal dipandu. Saya jauh hati bila segala menu yang saya sediakan dikeluarkan dari peti ais diberikan kepada tamu yang datang tanpa sedikit pun tanda ianya terusik. Di hadapan saya! Ya, bukan tanpa pengetahuan saya…..!

Sabarlah wahai hati, kentallah wahai iman kerana sesungguhnya empunya jasad ini sedang menerima ujian. Bantulah jasad lemah lagi hina ini untuk tidak kalah….Kerana jika kalah, rosak binasalah dan meranalah… Ingat, kerana wanita itulah sabit zuriat kamu hari ini…. serta seluruh keturunan akan datang….. 

Jika tiada diminta, jika ada tak berharga….. itulah getusan rasa busuknya hati saya…. Tempat saya berkongsi rasa pula seperti sedia maklum. Reaksi biasa yang tak pernah menyebelahi sesiapa. Tapi memang dia tak mampu menyebelahi saya! Saya tahu saya tahu….tapi itulah, sebab ujian hati…..

Petang tadi, kami ke Walimah sahabat saya. Agak jauh , setengah jam perjalanan sehala. Silap saya lupa catat alamat. Saya cuma print peta dari RSVP FB. Lalu makan buah langsat kami! Marah jugalah Tuan Suami pada saya….. apa nak buat…. memang salah saya. Tapi lepas dah makan Tuan Suami dah boleh senyum…. lega….

Banyak betul dosa kan….. hanya pada Allah tempat memohon ampun.

Esok, menu telah ditetapkan oleh yang bertanya puding coctail tadi. Gulai ikan kering dengan terung. InsyaAllah, akan saya cuba seikhlas mungkin….. (dah macam tak ikhlas lagi kan? ) Motivate me my dear hubby………

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s