Tidak mahu…Tidak mahu….Tidak mahu….

Pagi hari, saya termenung membaca status Ustazah Fatimah Syarha,

Allah mendedahkan kelekaan hamba-Nya…”…dan mereka tidak mengingati Allah (dalam solatnya) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).” (An-Nisa’: 142).

Astargfirullah! Selagi nyawa kita Dia sudi amanahkan, jom ‘berjihad’ mencari khusyuk. Ia amat sukar. Namun kita ‘mampu’ BERUSAHA mencapainya, meskipun tidak terdaya ‘menikmatinya’ sebagaimana para Nabi dan sahabat…

Ya Allah, bantulah kami menjaga ‘fokus’ dalam solat. Ia kunci ‘al-falah’ (kejayaan)!

Astaghfirullah….. memang benar ternyata sukar mencari khusyuk. Ia datang ketika takbir, namun baru sahaja tiga ayat Surah Al Fatihah hati mula berkata-kata. Kadang-kadang, ia cuma disebabkan semut kecil melintas di atas sejadah. Maka terlintaslah

“Ah…. mana pulak datangnya semut ni. Tadi dah kebas sebelum solat….”

Hati terus berkata panjang sehinggalah terdengar Imam bacakan surah. Lalu hati kembali ingat, sedangkan ayat-ayat terakhir surah wajib tadi entah bila dihabiskan tidak disedari.

Baru mula mennghayati bacaan surah Imam yang lunak, hati berkata lagi,

“Alangkah indah dan lunaknya suara imam ini, masih muda agaknya dari suara itu…..”

Ia juga kata-kata hati yang mungkin bersambung kisah sehinggalah kedengaran kalimah

“Allahuakbar”

Begitulah, sudah di cuba istighfar dan berbagai petua yang juga pernah saya kongsi. Petua atau tips itu bukan bermakna saya punya solat yang senantiasa khusyuk, malah saya berkongsi kerana saya sukar mencari khusyuk.

Saya sudah faham segala maksud bacaan wajib solat, namun fokus itu turun naiknya seperti layang-layang yang tidak menentu. Ada masanya dapat fokus satu rakaat pun satu rahmat. Lalu saya melihat hinanya diri saya kerana Allah katakan dalam firmanNya dengan jelas….

Surah Al-Maun
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
 (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang; (4) 
(Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (5)
 (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), (6) 
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya). (7)
Saya tidak mahu menjadi golongan yang disebut dalam ayat ayat di atas. Demi Allah saya tidak mahu, saya tidak mahu. Saya tidak mahu ada sesiapa di antara ahli keluarga dan seluruh zuriat keturunan saya juga tergolong begitu. Demi Allah saya tidak mahu. Lalu apa yang mampu saya lakukan? Berdoa dan berusaha mencari khusyuk sehabis boleh. Cara yang paling mudah agaknya ialah solat berjamaah….. Mohonlah agar Allah bantu kita dalam mengingatiNya….

اللهمّ أعنّي علي ذكرك

Ya Allah, tolonglah aku agar dapat berzikir kepada-Mu

وشكرك

bersyukur kepada-Mu

وحسن عبادتك

dan memperelok ibadah kepada-Mu

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s