Mahukah Dia ?

Alhamdulillah,

Masih merasai ni’mat kehidupan pada hari ini. Saya masih dalam proses mentarbiyah diri dan cuba untuk istiqamah dalam setiap pembaharuan yang saya mulakan.

Untuk perkara seterusnya, hati saya telah dicuit dengan rasa kesal betapa saya telah gagal menjadi ibu yang baik buat anak-anak saya. Saya selalu berkomunikasi dengan cara yang salah ( pada perkiraan saya ) dengan anak-anak.

Akibatnya, saya nampak hasil kesalahan saya itu pada perwatakan anak2 saya. Lalu saya telah merasa saya berdosa kerana gagal memikul amanah ini sekian lamanya. Semoga Dia sentiasa mengampunkan saya, malah lebih dari itu saya harapkan Dia memberi saya Ilham bagaimana harus saya menukar watak saya menjadi ibu yang lebih berkesan membentuk anak-anak.

Semalam, si kakak merajuk apabila saya katakan kejap lagi kita sambung” . Saya mahu menonton rancangan ‘Semanis Kurma’ ketika mereka berdua mahu belajar. Akibatnya dia menangis.

Esok majlis konvokesyen tadika mereka. Kami akan ke sana tanpa abahnya kerana tuntutan tugas di luar. Haraplah mereka tak merajuk lagi. Kami dah terangkan awal-awal sebab musababnya kepada dua anakanda ini.

 

KEMATIAN

Pagi tadi dikhabarkan seorang rakan sekerja meninggal di pagi jumaat yang mulia. Innalillahiwainna ilaihi raajiúun. Baaru semalam saya mendengar beliau berbicara .  Sihat walafiat. Janji Allah tidak pernah tercepat atau terlambat. Baru balik dari berziarah, mudah-mudahan Allahyarham dirahmati serta mendapat keampunan Allah….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s