Syirik kecil

Bismillah walhamdulillah….

Betapa Dia Maha Pengasih, Penyayang, Pemurah dan Pemberi….

Pada siapa lagi mahu meminta jika bukan padaNya. Topik perbualan saya dan suami dalam perjalanan pulang dari solat subuh ialah ‘syirik kecil’. Suami bercerita tentang sedikit rasa terkilan tentang peluang kenaikan pangkat yang begitu mudah untuk jawatan tertentu dan begitu liat pula untuk jawatan yang lain. Dikongsi luahan rasa rakan sekerja beliau yang lain.

Saya katakan pada suami, tahukah kita bahawa pangkat itu kurniaan Allah? Rezeki kita walau sekecil kuman pun hanya hadir dengan izin Allah. Yakinlah bahawa Allah yang menentukan rezeki kita, bukan bos atau sesiapa sahaja yang bernapa makhluk. Saya katakan lagi, jika kita tidak yakin dengan pemberi rezeki yang Agung, atau terlalu taksub dan meletakkan bahawa bos yang menentukan pangkat kita ia boleh jadi syirik kecil. Ia berlaku tanpa sedar. Lalu saya kongsikan juga bahawa sebab inilah pentingnya kita senantiasa beristighfar serta memperbaharui syahadah.

Balik dari kerja, suami berkongsi pula cerita di pejabat. Katanya, rasa meluap-luap ingin berkongsi topik ‘syirik kecil’ yang kami kongsikan pagi tadi dengan rakan sepejabat menyebabkan beliau memanggil semua yang dirasakan perlu berkongsi untuk muhasabah pagi sebaik masuk office. Alhamdulillah…. mudah-mudahan kita semua dijauhi dari syirik.

Teringat kata-kata malah doa yang dikongsi Prof MKI lebih kurang begini bunyinya.

“Ya Allah, jika aku pernah berlaku syirik padaMu aku pohon ampun Ya Allah…. sesungguhnya  ia bukan kerana aku sengaja Ya Allah….. Ia kerana aku ini jahil ya Allah…. Aku tidak maksudkannya Ya Allah…..Ampunkan daku Ya Allah…..”

Marilah kita memohon peliharaan Allah dari sifat-sifat yang mazmumah melalui bacaan al ma’thurat….. Mudah-mudahan ia wirid dan doa yang makbul…. Ameen.

Advertisements

2 thoughts on “Syirik kecil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s