Saat itu pasti….

Katakanlah (wahai Muhammad): “Tiap-tiap seorang (di antara kita) sedang menunggu; maka tunggulah kamu! Kemudian kamu akan mengetahui kelak siapakah orang-orang yang berada atas jalan yang lurus, dan juga siapa yang mendapat petunjuk”.

Surah Taha, ayat 135

Takut, bimbang, gementar, kaku…. Entah bagaimana mahu digambarkan sekiranya sudah tiba saat itu. Semalam, hari ini, esok dan seterusnya ia sentiasa dekat dan semakin dekat. Tidak tergambar apa yang bakal di bawa jika tempoh menunggu itu sudah sampai ke noktahnya.

Solat isyak tadi, diiringi solat hajat serta jemputan tahlil arwah. Saya cuba mendoakan seikhlas mungkin. Bagaimana mahu mendoakan dengan ikhlas? Saya cuma nampak satu cara. Hanya dengan membayangkan sayalah yang ditahlilkan itu. Ada pandangan mengatakan tahlil itu bidáh. Saya tidak arif. Saya tidak ada ilmu. Namun mendoakan kerahmatan untuk arwah itu saya rasa tidak salah.

Lalu, dalam sujud terakhir saya niatkan doa sepertimana  saya sendiri mahukan jika saya ditempat orang yang berhajat itu. Pada saya yang cetek ilmu, buat masa ini itu sahaja yang boleh membuat saya benar-benar ikhlas mendoakan.

Mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kami.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s