Aidiladha

Alhamdulillah,

Nasi Dagang

Gulai

Acar

Ketika ini, mereka di Mina dan akan mula melontar Jamratul Kubra untuk membolehkan tahallul awwal. Biasanya pihak Tabung Haji akan membawa jemaah Malaysia sebelah malam untuk mengelakkan kesesakan.

Seterusnya, mereka akan melontar ketiga-tiga jamrah pada hari tasyriq. Terbayang satu persatu langkah yang kami atur sehinggalah selesai Tawaf  Ifadhah.

Di sana, suasana Aidiladha sangat berbeza dengan sambutan di negara kita. Tidak terasa seperti berhari raya. Tetapi suasana ibadah mengatasi segalanya. Jika di sini, kita sekadar solat sunat Aidladha, melakukan sembelihan atau bergembira menikmati hidangan berbeza pula ketika mengerjakan haji. Takbir hanya kedengaran setelah selesai tahallul. Sebelumnya lafaz talbiahlah menguasai suasana.

Hari ini, saya sediakan cuma satu juadah. Aidiladha pada hari Jumaat menyebabkan segalanya perlu bergerak pantas kerana mengejar masa. Kaum adam mahu bergegas mengerja Fardhu Jumaat, oleh itu ibadah korban perlu awal dan disempurnakan seberapa segera sebelum masuk waktu jumaat agar tidak terkejar-kejar.

Kenangan menjadi dhuyufurrahman setahun lalu memberi impak besar dalam menghayati aidiladha. Jika dahulu mendengar sirah nabi Ismail sekadar mendengar, sekarang ia sangat terkesan di hati sehingga mampu mengalir air mata.

Kisah susah payah dan pengorbanan baginda Nabi Ibrahim sekeluarga sungguh terpahat di hati. Bila melakukan sa’ie barulah terasa betapa kuat dan teguh dan tabahnya Hajar ketika menhadapi perit mengharap air buat Ismail pada panas terik mentari. Hari ini, bersa’ie dalam aircond pun penat bayangkan ibu beranak kecil ditengah rambang mentari padang pasir serta bahang pasir panas…. Allahurabbi….

Mengenang tulusnya pula hati Ismail, sanggup menjadi korban demi mentaati Allah terasa sangatlah hina diri ini kerana selalu berkeluh kesah. Pengorbanan apalah sangat kita ini telah lakukan untuk berkeluh kesah… tak layak rasanya kita mahu merintih menangisi kesusahan hari ini berbanding kesusahan mereka…..

SALAM AIDIL ADHA.

Advertisements

2 thoughts on “Aidiladha

  1. Benar, Aidil Adha kali ini lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya…. Salam Aidil Adha buat Puan Misa dan famili….. Semoga terus dilimpahi rahmat dariNya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s