Cerah….

Alhamdulillah,

Semalam dan hari ini matahari bersinar terang…… semoga rahmat Nya bersama sinaran cahaya ke serata alam. Syukur kepada Allah yang telah mengeluarkan matahari dari tempatnya terang benderang….

Jika ada kelapangan, jom kita kerjakan solat sunat Isyraq setiap pagi dan solat sunat dhuha…

Solat sunat Isyraq ialah solat dua rakaat yang dikerjakan pada pagi hari sebaik sahaja terbit matahari di mana tingginya kira-kira 3 meter (10 kaki)pada jam antara 7.00 hingga 7.30pagi. Solat sunat ini memberi ganjaran pahala yang besar bagi seseiapa yang menunaikannya. Sabda Rasulullah saw (maksudnya) :

“Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga naik matahari dan mengerjakan soalt dua rakaat, adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna”.

Lafaz dan niatnya :

“Sahaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Taala”.

a) Pada rakaat pertama, selepas membaca al-Fatihah disunatkan membaca surah
al-Kafiruun hingga akhir.

b) Pada rakaat kedua pula, disunatkan membaca surah al-Ikhlas hingga akhir selepas
membaca surah al-Fatihah.

Selepas memberi salam, baca doa berikut :

“Segala puji bagi Allah yang menjadikan hari dengan sejahtera dan menjalankannya dengan matahari daripada laluannya. Ya Allah, kurniakan aku rezeki yang baik pada hari ini dan jauhkan daripada aku keburukan. Ya Allah, kurniakan cahaya pada hati aku dengan nur hidayah, sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya, dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”.

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menunaikan solat sunat Isyraq bila mana kita mempunyai kelapangan, khususnya pada waktu pagi. Rebutlah peluang semasa hayat kita dikandung badan untuk mencari sebanyak mungkin bekalan menuju ke akhirat sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

“Dan carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah taqwa”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s