Hujan

Allahumma Soyyiban Naafián

Alhamdulillah, musim tengkujuh mula merangkak. Sudah 2-3 Minggu daerah kami ini menerima hujan hampir setiap hari.

Semalam, saya menonton Salam Baitullah TV1. Rindu kenangan menjadi Dhuyufurrahman setahun lalu sedikit terubat melalui paparan sedikit sebanyak suasana di sana. Menunggu juga kalau-kalau ayah bonda tersayang turut kelihatan. Namun saya terpana apabila paparan wall fb Siaran Langsung Dari Masjidil Haram mencatat Makkah sekarang hujan.

Saya buka siaran ‘live streaming from the holy kaaba’ dan benar hujan sedang turun. Pancuran air melalui pancur emas jelas kelihatan. Tidaklah terlalu lebat, tetapi saya nampak lantai dataran Kaabah basah. Satu ketika, kebetulan jelas kelihatan seorang jemaah (bukan rakyat Malaysia) tergelincir terlentang dengan zoom in dari kamera ketika itu. Subhanallah, kami tidak merasa nikmat ini ketika menunaikan haji tahun lepas. Hujan tidak Allah curahkan walaupun solat sunat Istisqa’ dilakukan seminggu sebelum wukuf tahun lepas.

MasyaAllah, saya sayu melihat Rahmat Allah ini dapat dirasai jemaah haji tahun ini. Detik hati saya, agaknya mereka bakal mendapat haji mabrur dan mudah-mudahan merekalah dhuyufurrahman yang paling beruntung diatas muka bumi ini. Saya tiada di sana, namun saya harapkan saya berada di sana.

Merenung kata nasihat ustaz Zaharudin sewaktu siaran Salam Baitullah ketika ada yang bertanya

“Apa hukumnya jika seseorang itu melakukan umrah berkali-kali tetapi belum melaksanakan haji”

Lalu apa jawapannya, ia lebih kurang begini dari apa yang saya faham. ( Betulkan jika saya silap )

“Sekiranya kita melakukan umrah berkali-kali, pahala yang kita dapat hanyalah untuk kita seorang. Namun jika kita gunakan duit itu untuk kebajikan yang lebih luas seperti membina maahad tahfiz atau menaja orang yang tak mampu untuk umrah wajib, mungkin kebaikan yang kita peroleh lebih besar dari pahala yang kita dapat dengan kita seorang melakukan umrah sunat” 

Lalu saya terfikir.

Mahukah saya memberikan duit yang saya ada untuk orang lain melakukan haji atau umrah? Mahukah saya memberi dalam jumlah yang begitu banyak jika hari ini saya begitu berkira-kira ketika mendengar pihak itu dan ini memohon pelbagai sumbangan? Mohon Allah bukakan pintu hati saya untuk lebih terpanggil memberi ketika susah dan senang.

Hari ini, saya teruji.

Kami ( ada yang lain selain saya ) Alhamdulillah telah mendapat kenaikan pangkat dan kami mengikut tradisi jabatan perlu memberi sedikit sumbangan untuk majlis akhir tahun. Lalu, saya bertanya berapa jumlah yang perlu di beri dan terus saya berikan semalam. Pagi ini, seorang sahabat yang sama-sama menerima kenaikan pangkat datang bertanya saya kenapa   “jumlah itu” yang perlu diberi. Beliau tidak bersetuju. Lalu beliau bertemu sendiri pihak yang memutuskan jumlah sumbangan yang perlu diberi. Saya terperangkap. Lalu sepakat tidak bersetuju dengan jumlah yang telah saya serahkan itu.

Pihak yang memungut memulangkan kepada saya semula baki yang tidak dipersetujui dan cakap-cakap masih berterusan hingga ke kantin. Ketika selesai makan, kami dikhabarkan ada insan mulia yang mahu bayarkan sekalian kami yang sedang makan. Allahurabbi….. Ketika kami berkira-kira, masih Engkau datangkan RahmatMu buat kami.

Saya yang inikah yang mahu memberi duit ringgit saya untuk orang menunaikan umrah atau apatah lagi haji wajib? Jauh, saya masih jauh untuk sampai ke tahap itu. Namun saya mohon Allah berikan saya hati dan kemampuan untuk itu. Jika baru 3 angka sudah berkira, ikhlaskah hati saya untuk menyerahkan empat lima angka? Berikan daku hati yang ikhlas ketika susah mahupun senang wahai tuhan yang Maha Pemurah……

Advertisements

4 thoughts on “Hujan

  1. Memang bukan mudah untuk mujahadah dalam pemberian sumbangan yang banyak. Saya sendiri ketika ingin membawa kakak yang sulong untuk melaksanakan umrah juga seperti berkira-kira untuk menaja beliau. Sepatutnya saya dan kakak yang No. 3 berkongsi untuk menaja umrah tetapi kakak yang No. 3 menyatakan yang beliau akan menaja untuk haji. Memandangkan kakak saya ini kurang pandai dalam ertikata lain seperti lembap saya teruskan juga niat untuk membawanya pergi umrah supaya saya dapat menunjuk cara yang betul. Ini akan memudahkan beliau untuk tunai haji apabila terpilih. Alhamdulillah saya ambil pendekatan dari ustaz sekiranya diwaktu kita berkira-kira untuk menyumbang, sumbangkan terus (Allah lebih mengetahui). Saya dan kakak melaksanakan umrah pada Februari 2012. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memakbulkan niat saya untuk membawa beliau melaksanakan umrah dengan tajaan 100% dari saya. Kakak saya yang No. 3 sekarang ini seperti tersepit kerana perbelanjaan haji lebih mahal lagi walaupun beliau akan menaja sebahagian dari 10K sahaja mungkin 3-4K untuk perbelanjaan tambahan. Sedangkan saya menaja 8K untuk umrah. Saya mahu kakak merasakan rezeki anugerah Allah. Ini adalah kerana beliau berkorban ketika umur 10 tahun tidak melanjutkan pelajaran dan membantu ibu membuat kuih jualan untuk menyara kami adik beradik yang lain. Bagi saya tanpa pengorbanan beliau saya tidak mungkin berada dalam jawatan yang tinggi di sektor kerajaan. Setakat 8K itu hanyalah sebahagian sahaja. Yang saya mahukan supaya beliau mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar-benarnya. Moga-moga ianya dimakbulkan oleh Allah. Amin.

  2. Assalamualaikum,
    Saya jg dr Maktab 92, Hotel Jawrat Khazindar, tgkt 6, haji 1432. Sayu hati bila membaca entry kali ni, terkenang kembali setahun yg lalu di Tanah Haram. Tentang sumbangan wang utk org lain menunaikan umrah/haji. Ya Allah, perkenankan lah hajat saya ingin membawa kedua kakak & adik perempuan saya (ibu tunggal) utk menunaikan umrah……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s