Begitu rasanya….

Bismillah walhamdulillah…..

Saya kelu, termenung dan rasa terlalu terhiris dengan mimpi beberapa hari lepas. Saya cuba menulis pada hari tersebut, namun gagal mengawal emosi. Saya bukan pentafsir mimpi. Tidak juga menjadikan mimpi itu pegangan. Nauzubillah.

Namun, saya suka untuk berkongsi apa yang saya fikirkan.

Selalu saya dengar baik kawan-kawan, mahupun keluarga terdekat yang hidup bermadu namun sakitnya hati bila di madukan tidak pernah saya sendiri rasakan. Saya sendiri mengagumi saudara kami yang kini hidup bermadu, dan baru menimang cahaya mata dari madunya. Yang bangun malam menguruskan baby baru itu ialah Mummy yang merupakan si isteri tua merangkap ibu tiri anak kecil itu. Mama kandung si bayi iaitu isteri kedua di jemput tinggal berpantang di rumah Mummy. Saya kagum dan saya doakan mereka aman tenteram hingga ke syurga.

Tentang mimpi saya, ia terlalu mengganggu emosi rupanya. Saya sangka mudah mengatakan “saya tiada masalah dengan poligami”. Namun sebenarnya ia perit.

Allah berikan peluang saya merasai bagaimana perasaannya apabila suami mengatakan dia sudah mengahwini seorang wanita lain dengan sebenar-benar rasa walaupun dalam mimpi. Mimpi itu seolah2 benar sekali, sehingga saya begitu terganggu apabila bangkit. Mimpi yang cukup detail, seperti kehidupan seharian biasa yang saya jalani di alam nyata dengan suami. Satu persatu persoalan membawa jalan cerita seperti drama swasta yang realistik.

Sikap suami, bahasa percakapan dan bahasa badan sungguh tidak lari dari kehidupan sebenar. Sehingga saat ini, saya belum membuka mulut mahu bercerita kepada suami. Kalau boleh, biarlah beliau terbaca melalui entry ini.

Mimpi tersebut mengaitkan pemergian suami outstation yang memang betul-betul dia pergi beberapa minggu lepas. Kononnya beliau telah mengahwini D yang saya tidak kenali…… ( Sekarang ni saya tulis sambil gelak ). Harap Encik Hubby tak gelakkan saya jika terbaca.  Tapi confirm gelak la tu……

Ooooo begitu rupanya perasaan hati …… baru saya faham…. TQ Allah… Doakan Encik Hubby saya tidak benar-benar melakukannya….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s