Kejutan Manis dariNya

“Kepada yg belum pernah solat dhuha, boleh mula esok. Magnet rezeki. Tp pastikan solat Subuh dulu… InsyaAllah, ada kejutan manis drNya”

Saya selalu baca beberapa public figure mengajak dan memberi semangat untuk mengajak khalayak pembaca solat dhuha.

Untuk saya, benar sekali sungguh banyak kejutan manis dariNya. Kadang-kadang tak pernah disangka-sangka.

Saya bukan seorang yang sangat rajin melakukan solat-solat sunat suatu ketika dahulu. Jauh sekali mahu istiqamah di waktu dhuha yang terlalu banyak cabaran. Ia waktu bekerja. Namun siapa yang mengatur tentang lapangnya waktu kita?

Alhamdulillah, penempatan lokasi jabatan yang terkini sungguh melapangkan saya. Sejak 2002-2010,  perjalanan ke tempat kerja saya mengambil masa 40 minit. Waktu bekerja bermula 7.30 pagi, ditambah dengan urusan menghantar anak ke rumah pengasuh memaksa saya keluar sekitar 6.20 am atau lebih awal.

Beberapa kali juga saya ditimpa kemalangan. Setelah 9 tahun barulah doa saya Allah perkenankan untuk berkhidmat dalam jarak yang selesa. Banyak beza kualiti masa saya sekarang berbanding dahulu.

Alhamdulillah…

Kalau dahulu saya solat subuh dalam keadaan tergesa-gesa, kini Allah permudahkan dengan nikmat berjamaah di beberapa surau sekitar kediaman secara bergilir-gilir. Seronok sekali rasanya nikmat yang satu ini.

Suatu masa dahulu, saya tidak pernah terfikir dan tak minat pun nak ke surau. Enaknya tidur terutama ketika menghadapi letih menghadapi dan menyusukan anak kecil ketika itu.

Mintalah padaNya.

Saya belajar mengamalkan frasa ini dari Prof Muhd Kamil Ibrahim. Saya pohon agar diberi hati dan jasad yang ringan untuk beribadat, kelapangan masa serta banyak lagi hasil catatan doa beliau dalam Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman.

Bermula dengan kagum melihat beberapa rakan sejabatan yang solat dhuha saban hari di tepi workstation sahaja kerana tiada ruang solat yang sempurna (melainkan surau yang agak jauh) untuk diselit solat sunat 2 rakaat ketika lapang.

Setiap hari saya memerhati lalu terdetik,

“Aku yang sihat belum pernah solat dhuha sepanjang 30+ tahun dipinjamkan usia. Sedangkan beliau yang sudah lumpuh sebelah tangan dalam susah payah boleh buat dengan istiqamah.”

Ditambah bacaan penulisan MKI, saya jadi bersemangat ingin mencuba. Lalu saya doakan dan mohon kelapangan, diringankan seluruh anggota dan gerak hati yang kuat untuk melakukannya.

Alhamdulillah, Dia senantiasa melapangkan walau sesukar mana pun telahan saya. Dan benar, banyak sekali kejutan manis. Ada di antaranya saya sudah lama alami namun baru dua tiga hari ini saya perasan ia kejutan manis buat saya. ( Buta pandangan mata hati agaknya ketika itu menilai dan memandang nikmat tanpa dihalusi.)

Cubalah, InsyaAllah pasti Dia berikan ruang jika kita benar2 mahu lakukannya.

 

Advertisements

3 thoughts on “Kejutan Manis dariNya

  1. termenung saya bila membaca tulisan ini.. sungguh banyak nikmat Allah pada kita.. kita yang alpa dalam tempoh terbelakang itu… sesungguhnya ada hikmah yang terkandung walau terlewat sikit berbanding tahu tapi tak laksanakan… mungkin kita lebih perbaiki lagi diri dari hari ke sehari.. InsyaAllah..

    • Alhamdulillah, InsyaAllah mudah mudahan. Sesungguhnya jihad memerangi nafsu sangat sukar…. Kerana syaitan tidak pernah kenal putus asa. Mudah-mudahan senantiasa Dia kurniakan kita dengan ilmu yang bermanfaat, hati yang khusyuk dan ikhlas, istiqamah, doa yang makbul serta dibebaskan dari ujub, riak mahupun takabbur. Ameen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s