Itu pun nak cerita?

Allahurabbi. Sememangnya rasa hati kita tidak akan pernah memuaskan rasa hati orang lain. Agaknya, cara kita menyampaikan itu memberi tafsiran berbeza dari maksud yang kita harapkan.

Itulah telahan saya apabila membaca komen seorang pembaca di salah satu artikel rakan blogger.

Elleh, itu pun nak cerita?”

Lebih kurang begitulah bunyinya. Sungguh pandangan mata hati itu sangat sukar ditarbiah. Lalu saya baca balik entri saya sebelum-sebelum ini. Agaknya, kalau pembaca yang memberi komen di atas tu baca akan mengatakan saya ‘budget bagus’ ( istilah anak-anak sekarang ).

Astaghfirullah, saya mohon diampunkanNya jika saya membuat andaian tidak tepat. Target saya ialah, memberi contoh terdekat demi meyakinkan orang-orang yang tidak mampu memandang musibah yang datang itu adalah suis untuk kita tunduk sujud merayu padaNya.

Mintalah pertolongan Allah dengan jalan sabar dan solat. Itu pesan Allah dalam Quran. Tetapi ada manusia masih meminta orang itu dan ini untuk mendoakan mereka. Inilah yang mahu saya perbetulkan.

Saya juga buat silap, malah setiap hari ada banyak kesilapan yang saya lakukan.   Cuma kita perlu muhasabah setiap perbuatan kita dan pohonlah agar sentiasa diberikan hidayah dan dibuka mata hati untuk mentafsir  tingkah laku sendiri samada betul atau sebaliknya.

KHABAR DUKA

Sejak minggu lepas, bermula dengan pemergian sahabat kami akibat kanser saya terasa seolah – olah rantai perkhabaran duka masih bersambung. Sahabat yang saya ceritakan dilanda rentetan musibah yang berakhir dengan kehilangan barang berharga baru-baru ini rupanya belum reda resahnya.

Datang beliau mengadu pagi ini anakandanya yang sebaya arwah anak bongsu saya pagi tadi sekali lagi dilanda kemalangan. Allah, saya selalu terkenang anak sendiri yang telah pergi apabila beliau bercerita tentang anaknya.

Bukan itu sahaja, ibunya baru didiagnose kanser paru-paru. Tolonglah doakan sahabat saya ini, agar beliau dan seluruh ahli keluarganya dipermudahkan segala urusan.

Seorang lagi sahabat semalam menulis status ini di wall FB beliau.

“Ya Allah berilah kekuatan pdku dan seluruh ahli keluarga kami dalam menerima berita ini…..”

Saya bertanya apakah berita yang dimaksudkan. Beliau hanya bercerita pagi tadi. Kakaknya juga didiagnose kanser, iaitu kanser thyroid.

Berdegup kencang dada saya mendengarnya kerana saya juga pengidap thyroid. Malah beberapa ahli keluarga sebelah ibu juga meninggal kerana kanser.

Lalu saya terbayang, begitukah nanti akhir usia saya? Mohon Allah berikan saya Husnulkhatimah. Saya sentiasa berdoa untuk diberi kemudahan melaksanakan ibadah wajib dan sunat dengan sempurna walau ketika sakit. Mudah-mudahan ahli keluarga saya juga menjadi pelindung aurat serta pembimbing ibadah saya yang terbaik jika ditakdirkan saya terlantar tidak mampu menguruskan diri.

Namun saya Mohon Dia berikan kemudahan dalam setiap urusan saya. Mati itukan pasti, Allah…..

Advertisements

2 thoughts on “Itu pun nak cerita?

  1. Seperti kata Prof Muhaya, orang yang negatif biasanya lebih nampak yang buruk dahulu walaupun banyak kebaikan lain. Namun kebaikan yang banyak ditenggelamkan oleh cuma satu keburukan oleh minda yang negatif. Pandanglah yang baik, pandanglah betapa kasih Allah pada hambaNya…

  2. Saya pun terbaca comment yang sama… Kalau di baca dengan pandangan mata hati, insyaAllah akan meresap aura positif dalam diri.

    Allah… saya mohon, janganlah dibutakan mata hati ini….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s