Doa untuk sahabat

” Entah kat mana silap aku ni misa, rasa bertimpa-timpa musibah yang datang. Nak kata tak bayar zakat aku dah buat potongan gaji. “

Itulah keluhan sahabat saya minggu lepas. Menurutnya, perbelanjaan bulan lepas terasa seperti tak cukup, kemudian beliau secara tak sengaja melanggar kereta orang, diikuti kemalangan anaknya dan terkini kehilangan sesuatu yang sangat berharga.

Menyedari hebatnya kuasa doa yang tidak diketahui oleh empunya badan, saya bertekad membantu sahabat ini melalui cara yang saya amat yakin berkesan. Cuma lambat atau cepatnya Allah makbulkan.

Saya doakan sahabat ini seikhlas mungkin dari hati saya yang mengenali beliau. Mohon dilapangkan dari gundah gulana dan mohon jalan penyelesaian terbaik untuk beliau serta beberapa doa khusus yang lain yang saya rasa amat perlu untuk sahabat ini.

Ajaib, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang nampaknya menunjukkan kepada saya lagi bahawa benarnya kuasa doa ini. Pagi ini, saya dikhabarkannya  telah menemui barang yang hilang. Nampak beliau benar-benar ceria berbanding minggu lepas. Alhamdulillah…..

Ini bukan bermakna saya merasakan KERANA DOA SAYALAH selesainya masalah beliau, namun ianya cukup untuk meyakinkan saya bahawa hanya pada Allahlah tempat untuk meminta.

Sahabat ini hampir menggunakan orang perantaraan, iaitu seseorang yang dikatakan mampu tolong ‘scan’ barang hilang. Allahurabbi, lemahnya saya untuk menegur beliau dikala itu.

Ingin saya katakan, tak usahlah gunakan cara itu kerana pasti Dia yang menghilangkan maka Dia juga yang berkuasa mengembalikan. Mintalah hanya padaNya.

Buat pembaca yang dirahmati Allah, jika mempunyai hajat berdoalah bersungguh-sungguh kepada Empunya Langit dan Bumi. Yakinlah Dia Maha Mendengar lagi Maha Pemurah.

Diketuknya jiwa kita untuk ingat padaNya dengan ujian kesenangan dan kesusahan. Mengadulah padaNya, hanya padaNya. Usah dicari apa jua perantaraan kerana makbulnya doa bukan kerana makhluk, namun atas kehendakNya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s