Syurgalah tempatnya…

“Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kami kembali pula kepada Allah dan kami pasti kembali kepada Tuhan kami.”

Adik Nur Izzah Nadhirah bt Mohd Azam telah selamat Di semadikan Di Tanah Perkuburan Islam Di Kg Seri Damai setelah 4 hari koma. Arwah lemas Di kolam Arabian Bay Resort, Bukit Gambang Resort City

Anakanda sahabat kami pula menerima giliran panggilanNya, setelah sahabat yang berusia. Jam 12 malam semalam, anak yang lemas itu dijemput Ilahi. Semoga lapanglah hati kedua ibubapanya, adik adik serta saudara maranya menerima ketentuan ini. Kerana tempatnya sudah pasti di Syurga.

Maksud doa untuk solat jenazah kanak-kanak.

Segala Puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w semulia-mulia Rasul dan ke atas kaum keluarga serta para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, jadikanlah dia sebagai ganjaran pendahuluya, sebagai tangguhan, pengajaran, simpanan, iktibar dan juru syafaat. Beratkanlah timabangan ibu bapanya kerana dia, dan teguhkanlah kesabaran dalam hati ibubapanya.

Janganlah dijadikan ibubapanya terfitnah selepas ketiadaannya. Janganlah dihalang ibubapanya mendapat pahalanya.

Ya Allah ampunkanlah orang kami yang masih hidup dan mereka yang telah mati, yang ada bersama kami dan yang tiada bersama kami, yang besar, yang kecil, yang lelaki dan yang wanita.

Ya Allah, siapa sahaja dari kalangan kami yang masih Engkau hidupkan, maka hidupkanlah dia atas agama Islam. Siapa yang Engkau matikan dari kalangan kami, maka matikanlah dia di dalam iman.

Ya Allah janganlah di halang kami dari mendapat pahalanya dan janganlah dijadikan kami terfitnah selepasnya. Selawat dan salam Allah  ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w  dan ke atas kaum keluarga serta para sahabatnya sekalian dan segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.

Saya tahu bagaimana rasanya kehilangan anakanda kerana saya pernah 2 kali melaluinya. Namun pengalaman saya pasti berbeza kerana mereka telah bersama Nur Izzah Nadhirah selama 9 tahun. Allah mengetahu yang terbaik buat mereka.

Advertisements

One thought on “Syurgalah tempatnya…

  1. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun… walaupun saya tak mengenalinya, saya turut rasa kesedihannya… Puan, sekadar ingin berkongsi pengalaman saya…. Secara kebetulan, jika saya mendengar ada kematian… selepas itu, saya akan terima berita kematian juga dari bbrp yg lain….

    Baru2 ini, suami sahabat saya telah meninggal dunia kerana jangkitan paru2 (suami beliau seusia saya) dan anak2 beliau masih kecil (3 orang)…. kisah beliau mengingatkan saya kpd kisah nafastari. Kemudian, sebelah petangnya pula… ayah kpd sahabat yg lain (juga sepejabat) telah menemuiNya…. Diikuti dengan 2 kisah daripada puan sendiri….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s