Harapan Kakak

Sudah beberapa hari anakanda kesayangan saya meminta dibelikan pisang. Minat sungguh makan pisang. Kebetulan di sekitar kediaman kami tidak saya jumpai pisang idaman kalbu anak dara saya ni.

Lalu kelmarin, saya temukan pisang putar (tak tau kat tempat lain panggil apa) yang biasanya dibuat cekodok. Anak dara saya beria suruh belikan juga, walau saya kata yang ini tak sedap dimakan mentah.

Lalu saya belikan sesikat. Punyalah mereka berdua kemaruk makan pisang, akhirnya tinggal 2 biji je. Ketika saya mengadap komputer, si kakak datang memeluk saya dari belakang.

“Umi, cuba rasa pipi kakak. Dah licin, tak menggelupas lagi dah…”

“Hmm… betul lah, licin. Kakak buat macam mana?”

Sekitar mulut anak dara ni beberapa hari lepas menggelupas tak tau apa sebabnya. Mungkin banyak kena air kolam berklorin.

“Kakak gunakan pisang yang melekat kat tangan selepas makan. Kakak sapu kat muka, lepas tu kakak cuci”

Waaah…. anak ini! Saya betul-betul tak sangka dengan tindakan anak 6 tahun ini.

“Mana kakak tahu guna pisang boleh licinkan muka?

“Kakak tengok kat tv. Umi, kakak rasa muka umi ni kalau sapu pisang banyak-banyak mesti hilang semua tanda-tanda ni dan jadi licin”

Saya hampir menitiskan air mata ketika beliau menuturkan ayat di atas. Tangannya mengusap pipi saya. Cuma saya mampu berikan ciuman kasih seorang ibu.

Oh anak, begitu sekali pemerhatian dan amatan anak kecil yang tahu membezakan antara rupa kulit yang sihat dan tak sihat. Selalu juga anak dara saya meluahkan rasa hatinya tentang apa sahaja yang dirasakan pelik di matanya.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s