Tempatkan dia di syurga Firdaus

“Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kami kembali pula kepada Allah dan kami pasti kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Catatlah mayat ini di sisi Engkau di dalam golongan orang-orang yang baik, dan jadikanlah catatannya dalam golongan yang terpuji.”

Ya Allah..
Jadikanlah hari-hari terakhir kami menjadi hari yang terbaik dalam kehidupan kami,
dan perbuatan terakhir kami menjadi amal yang terbaik.
Dan jadikanlah hari yang terbaik kami iaitu hari ketika kami menemui-Mu.

Ya Allah,
akhirilah hidup kami dengan islam,
akhirilah hidup kami dengan membawa iman,
akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah…

Saya mengenali sahabat yang kembali ke rahmatullah semalam tak lama. Namun beliau sungguh dekat di hati saya. Lembut tutur katanya, dan saya yakin sangat baik orangnya.

Suami beliau merupakan bekas guru kepada suami saya. Usianya lebih kurang usia ibu saya.

Saya hanya mengetahui status kesihatan beliau setelah beliau bercuti. Cuti yang panjang kerana pesakit kanser diberi cuti selama 2 tahun dengan bergaji penuh.

Teringat, saya pernah melihat beliau menelan pil-pil homeopati setiap selang waktu tertentu. Pil yang sungguh banyak, dan saya bertanya kenapa. Namun beliau hanya tersenyum tawar. Baru saya tahu bagaimana peritnya beliau menerima pertanyaan saya ketika itu. Kanser payudara tahap 4.

Masih teringat ketika saya sibuk menyiapkan diri untuk ke tanah suci tahun lepas, beliau kelihatan sangat lemah. Selang beberapa hari, beliau mengambil cuti panjang. Saya menerima berita kesakitan beliau disaat akhir sebelum penerbangan ke Tanah Suci.

Tiada kesempatan bertemu beliau kerana dikhabarkan ketika itu beliau belum bersedia menerima tetamu.

Hati saya terasa begitu dekat dengan beliau. Malah beliau adalah antara orang-orang yang terawal saya doakan ketika saya bersujud dihadapan kaabah.

Balik dari tanah suci, sahabat lain beberapa kali melakukan ziarah ( hanya apabila mendapat persetujuan beliau ) namun setiap kali mereka berziarah saya terlepaskesempatan dek urusan lain yang tidak dapat dielakkan.

Seminggu selepas Aidilfitri, saya merancang untuk melakukan ziarah dengan rakan-rakan. Namun ia tidak terlaksana. Sungguh kuat rasa hati saya untuk menziarahi, sehinggalah Ahad lepas saya mimpikan beliau.

Pagi Isnin, saya dikhabarkan beliau nazak. Lalu saya mengambil peluang berziarah di hospital walau sekadar melihat dari luar tingkap sahaja. Rezeki saya, suami beliau mengajak saya masuk dengan bersungguh-sungguh walaupun guard tidak membenarkan ramai pelawat.

Saya masuk, saya usap beliau. Saya terasa hendak mengucup pipi sahabat itu, namun kedudukan warisnya di tepi katil yang sempit di kiri dan kanan menyukarkan saya. Maafkan saya kak, buat masa ini saya belum mampu hadiahkan akak bacaan Yasin.

Saya merenung beliau yang sudah kelihatan sangat uzur. Merenung nasib yang sama jika terjadi pada saya. Lalu saya memohon yang terbaik untuknya dari yang Maha Kuasa.

Jam 5 petang, saya dikhabarkan beliau telah kembali ke Rahmatullah. Jam 8 malam saya melakukan ziarah, MasyaAllah ramainya yang menziarahi Allahyarhamah. Semoga doa sekalian yang berziarah merupakan doa ikhlas yang makbul untuk beliau.

Moga-moga Allahyarhamah Hajjah Chik Mahani bt Abu Bakar ditempatkan di kalangan orang-orang beriman di syurga firdaus. Ameen.

Advertisements

One thought on “Tempatkan dia di syurga Firdaus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s