Ku Ingin Seperti Hajar

Allahurabbi,

Alhamdulillah, apa lagi ucapan terbaik selain pujian bagi Allah?

Dalam perjalanan pulang dari bercuti, kami menziarahi sahabat suami di  Kuantan. Sahabat ini pernah saya ceritakan dalam entry terdahulu. Bila saya bersalaman dan memeluk isterinya terasa sayu dihati.

Diluahkan kerisauan di hati ketika kami di dapur. Saya tidak mengulas banyak, cuma saya katakan,

” Kita perempuan ni kak, kalau dah cuba sehabis daya nak buat apa lagi selain mengadu pada Allah.”

Sesungguhnya saya sendiri tidak pasti selama mana cinta suami kepada saya.

Saya cuma pasti hanya cinta Allah sahaja yang boleh dibawa mati.

Saya mendoakan agar Allah mencintai saya, suami, kedua ibubapa kami, anak-anak serta seluruh ahli keluarga dan zuriat keturunan kami.

Saya pohon dariNya cinta orang yang menyintaiNya, maka jika suami, anak-anak dan ahli kelurga kami termasuk dalam golongan ini maka merekalah yang saya pohon cintanya dari Allah.

Maka benarlah, bila mengingati Allah hati menjadi tenang. Ingat bahawa tiada yang perlu dirisaukan kerana tiada cinta lain setanding cinta Allah.

Berserah dan mengadulah padaNya, itu sahaja pengubat jiwa.

Ya Allah, sesungguhnya aku bukan Siti Hajar atau Siti Mariam

Namun ku dambakan iman dan akhlak Hajar dan Mariam,

Jadikan daku isteri sesabar dan seteguh Hajar,

Jadikan akhlak suamiku semulia Ibrahim,

Jadikan anak-anak dan zuriat kami semulia akhlak Ismail.

Semalam, saya mimpikan sahabat yang sedang bertarung dengan kanser payu dara tahap 4. Saya mimpikan beliau dijulang tinggi berbalut seperti sudah siap dikafankan. Allah, pagi ini dikhabarkan beliau nazak.

Saya bergegas ke Hospital setelah menghantar pelajar ke program RIMUP pagi tadi. Sayu sekali bila saya melihat sahabat ini. Baik orangnya. Saya cuma mampu doakan kerahmatan dan keampunan buat beliau, tak mampu saya bacakan Yasin kerana keuzuran. Saya tidak tahu kenapa, tapi beliau sentiasa dekat dihati saya sejak saya tahu beliau sakit.

” Ya Allah, ampunilah dan rahmatilah sahabatku ini. Permudahkanlah segala urusannya dan perjalanannya menemuiMu jika sudah Engkau tentukan inilah akhir untuknya. Lapangkan hati seluruh ahli keluarganya, hilangkan segala rasa sakitnya Ya Allah……. Ampunkan segala dosa kami yang menziarahinya….. ameen”

“Ya Allah, berikan juga  yang terbaik untuk anakanda sahabat kami yang masih kritikal di HTAA.”

TERKINI

Sahabat saya telah selamat pulang ke Rahmatullah jam 5 petang tadi. Al Fatihah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s