Grand prize

LED HITACHI

Home Theater Set

Alhamdulillah,

Kami bercuti panjang selama 5 hari. Semalam, kemuncak cuti kami dan hari ini akan kembali ke rumah yang sudah hampir 5 hari ditinggalkan.

Kami merupakan keluarga yang terpilih menerima grand prize semasa grand dinner semalam. Namun, ia hadiah yang tidak lagi mengujakan saya.  Minggu lepas, kami menerima hadiah TV LED, dan semalam grand prize tersebut ialah Philip Immersive Sound Home theater HDMI 1080p model HTS3530/98.

Rakan-rakan mengucapkan tahniah, namun saya tidak gembira. Lalu saya terfikir, inilah ujian kesenangan yang didatangkan Allah pada saya. Kesenangan yang meresahkan. Kami memang tidak berminat dengan hadiah itu. Ia mungkin dijual semula atau kami berikan sahaja kepada siapa yang berminat.

Anak-anak sungguh gembira dengan cuti panjang ini. Hari pertama ( Rabu ) kami di Armada PJ mengikuti suami untuk urusan kerja. Di sana tiada kolam renang, maka kecewalah anak-anak untuk hari itu.

Hari kedua ( Khamis ) kami bertolak ke Bukit Gambang Resort untuk program hari keluarga tempat kerja suami. Puaslah hati anak-anak dapat menghabiskan masa di Water Park.  InsyaAllah kejap lagi kami berangkat pulang dengan muatan sarat dalam kereta.

AllahuAkbar,

Selepas saya publish entry ini pagi tadi kami turun breakfast. Belum sempat kami makan, dikhabarkan anak salah seorang sahabat baru sahaja lemas di kolam renang. Bergegas suami ke kolam dan benar, anak kecil 9 tahun itu sudah tidak sedarkan diri. Kami masih menunggu perkembangan terkini, sama-sama mohon doakan anak ini. Setakat ini masih belum sedarkan diri dan kritikal di ICU HTAA Kuantan.

Advertisements

6 thoughts on “Grand prize

    • Salam sejahtera Kherun,

      Anak kecil itu masih belum stabil. Saya juga masih menunggu perkembangan, namun kedengaran seperti harapan agak tipis. Kuasa Allah mengatasi apa jua tanggapan kita. Saya cuma mampu doakan yang terbaik disisiNya. Semoga ibubapanya sentiasa berlapang dada menerima apa jua ketentuan.

      Ameen.

  1. InsyaAllah Firdaus, kami juga memikirkan perkara yang sama.

    Namun ramai yang berminat nak beli pula dari kami, adakah jualan tu juga saham tak baik ya? Serba salah ni. Yang berminat dengan benda begini jarang benar yang nak guna untuk tengok perkara tidak melaghakan…. Akak mohon petunjuk Allah. Ia benar2 ujian.

  2. Assalamualaikum. Pertama kali saya singgah di blog puan. tahniah, amat ilmiah. Teruskan usaha puan, ini pun sebahagian dari amal kebaikan yg kita lakukan di dunia ni. Sy pun mempunyai niat yg sama semasa membuat entry, memberi maklumat berguna kepada insan2 yg mencari diluar sana dan di alam siber, secara langsung adn tidak langsung.

    Semoha Allah memberi kebaikan kepada kita semua, aamiin.

  3. Assalamualaikum,

    Kak, pandangan saya. Jika kak nak ‘beri’kan hadiah itu kepada orang. Berikan kepada mereka yang akan menggunakan ‘hadiah’ itu dengan perkara perkara yang bermanfaat.

    Misalnya, home theater tu kalau terberi kepada orang yang salah. Dia akan gunakan untuk mendengar lagu, menonton dvd, dan perkara perkara yang melaghakan. Kita tumpang dapat ‘saham’nya nanti.

    Kalau beri kpd orang baik baik. Mereka akan gunakan utk dengar cd ceramah, al quran dan sebagainya. Maka ‘saham’nya akan dapat kepada kita juga.

    Semoga diberi kepada mereka yang terbaik untuk menerimanya…

    Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s