Doakan Haji Mabrur buat mereka….

Saya membaca catatan Kherun dan juga catatan Firdaus lalu saya mengalirkan air mata. Rindukan suasana itu, rasa baru sehari dua kami tinggalkan bumi masyaer, Baitullah dan Al Haram di Madinah. Segar sekali ingatan yang datang…..

Membaca catatan Firdaus tentang doa, benar dan sangatlah benar. Doa yang kita faham sungguh meresap di hati. Teringat hari-hari ketika kami kembali dari masya’er, ketika itu solat zohor di hari Jumaat. Kami kaum hawa tidak ke MH kerana TH memang tidak galakkan atas alasan memberi ruang kepada kaum Adam yang wajib solat Jumaat.

Kami KT06 (yang menghabiskan hari-hari terakhir sebelum berangkat pulang) dan KT36 (kalau tak silap saya) yang masih panjang tempoh berada disana telah diimamkan oleh seorang jemaah wanita dari KT 36 itu. ( Ke 32? tak ingat. )

Doanya MasyaAllah….. Saya rasa hampir pasti tidak ada satu pun jemaah yang tidak mengalirkan air mata. Saya sendiri tidak tertahan, mengenangkan kami bakal berpisah meninggalkan baitullah.

Tahun ini, bapa saya bakal pergi bersama ibu. Untuk ayah, ia merupakan kali ke 3 manakala ibu saya untuk kali ke 2. Segala keperluan wajib seperti beg, kain ihram dan beberapa barang kami yang masih boleh diguna pakai bakal mereka bawa sekali lagi mengunjungi Haramain dan masya’er. Mudah-mudahan mereka mendapat haji yang mabrur, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di sana.

Sahabat saya juga dari jabatan yang sama bakal berlepas bersama pasangan masing-masing. Marilah kita doakan kesemua 28000 jemaah haji Malaysia dan seluruh jemaah haji di dunia mendapat haji yang mabrur.

Mudah-mudahan ada rezeki kita buat sekian kalinya pula nanti. Ameen.

UJIAN KESIHATAN

Alhamdulillah, buat kesekian kalinya serangan SLE hampir menewaskan saya. Dua hari saya tak mampu bangun. Seluruh sendi yang diserang melemahkan saya untuk bergerak. Kebetulan, saya pulang ke rumah ibu saya tanpa prednisolone! Kena pulak pada cuti umum sempena Kemerdekaan….

Allahurabbi, hanya Dia yang tahu bagaimana saya bayangkan saat nyawa saya sudah hampir ke penghujung ketika itu.

Alhamdulillah, selepas 3 hari dengan izin Allah bantuan prednisolone melegakan saya. Namun radang masih belum hilang sepenuhnya. Peringatan untuk saya, jika ke mana-mana sediakan payung ajaib itu. Tapi ianya ajaib hanya dengan izin Allah.

Saya terima hakikat dan sedia mengetahui jika tiba ajal saya, tiada apa-apa yang mampu menghalang walau sesaat. Sayu mengenang  Cikgu Norbibi dalam catatan Prof Kamil di KRTS, rasa baru sahaja Prof kongsikan gambar beliau ketika bercuti baru baru ini. Itulah hakikat kehidupan, yang hidup pasti akan mati.

Saya ingin kembali kepadaNya dalam keadaan suci bersih…. Semoga saya senantiasa mendapat pengampunanNya. Doakan saya wahai sahabat yang dirahmati Allah sekalian, mudah-mudahan kalian juga mendapat maghfirah dari Nya. Ameen.

Advertisements

4 thoughts on “Doakan Haji Mabrur buat mereka….

    • Dah tengok demonya Dr, tak sabar nak cuba, but my olive oil tinggal baki sikit je, sayang nak buat guna yang tu. tunggu VCO sampai esok, InsyaAllah…. will do the oil pulling. TQ

  1. Alhamdulillah,

    Terima kasih Kherun, keadaan kesihatan mereka baik. Saya berserah padaNya dan saya Redha bukan bermakna saya berputus asa. Bila saya baca catatan Pn Roza hari ini, saya menitiskan air mata…. Bukan risaukan anak-anak kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk mereka. Risau apa yang saya ada untuk dibawa pergi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s