Memohon Ikhlas dan Istiqamah

Allahumma Ya Rahman, Ya Rahim….

Berikan daku ikhlas dan istiqamah wahai Tuhan yang Maha Memberi.

وَهَبْ لِى يَاوَهَّابُ عِلْمًا وَحِكْمَةً وَارْزُقْنِىْ يَارَزَّاقُ كُنْ لِىْ مُسَهَّلاً.

Berilah daku wahai yang Maha Memberi ilmu dan hikmah dan kurniakanlah daku wahai yang Maha Pengurnia, jadi mudahkanlah daku.

Sukar sekali ku mencari Ikhlas yang tidak berbekas. Lalu padaMu yang Maha Memberi ku harap diberi Ikhlas dan Istiqamah.

Ya Rahman, ampunkan aku kerana tewas pada hari ini. Aku tewas memujuk hati. Engkau lah tuhan Yang Maha Mendengar. Sesungguhnya benar janjiMu dalam cerita Guruh ( Al Rad ).

Sama sahaja kepadaNya: Sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang. (10) 

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; (22)

Mana mungkin daku yang lemah lagi hina ini menutup bisikan hatiku dari pengetahuanMu. Hilangkanlah Ya Allah perasaan berkira-kira, kedekut lagi bakhil dari diriku.

“Allahuamma Inni a’uuzu bika minal hammi wal hazan, wa ‘auuzhubika minal ‘ajzhi wal kasal, wa’auuzhu bika minal Jubni wal-Bukhl, wa’uuzhubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal”

Maksud doa:

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”
Ampunkan daku wahai Tuhan Yang Maha Pengampun. Aku tewas pada janjiku untuk tidak membuka langkahku mendekati kumpulan sembang. Aku tewas… Astaghfirullah….

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan rezeki yang bagus (baik).

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang
tidak khusyuk, doa yang tidak didengar (makhbul) dan amalan yang tidak dinaikkan (diterima).

اللَّهُمَّ انْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْـتَنِي وَ عَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي

Allâhumma infa‘nî bimâ ‘allamtanî wa ‘allimnî ma yanfa‘unî.

Ya Allah! Make useful for me what You taught me and teach me knowledge that will be useful to me.

اَللَّهُمَّ يا مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ، صَرِّفْ قُلُوْبُنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Allahumma ya musarrifal qulub, sorrif qulubana ala to’atik*
Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu. (Muslim no 2654)

اللّهمِّ يا مقلب القلوب، ثبت قلبى على دينك

Allahumma ya muqalibba qulub sabbit qulubana ala deen-nik*
Ya Allah, Tuhan yang mebolak balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu (al-Tirmizi no. 3522)

اللهمّ أعنّي علي ذكرك

Ya Allah, tolonglah aku agar dapat berzikir kepada-Mu

وشكرك

bersyukur kepada-Mu

وحسن عبادتك

dan memperelok ibadah kepada-Mu

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

 

Advertisements

2 thoughts on “Memohon Ikhlas dan Istiqamah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s