Alhamdulillah

Hari ni sudah 6 Syawal. Rindu Ramadhan masih terasa. Banyak sekali keinginan dalam kehidupan seiring dengan waktu berjalan. Saya cuba untuk berkata tidak pada diri sendiri jika keinginan itu berupa kehendak, bukan keperluan. Semoga terus diberi ikhlas dan istiqamah dalam kehidupan seharian.

Dalam kegembiraan menyambut 1 Syawal, ada perkara lain yang lebih menggembirakan nun jauh di sudut hati saya. Saya gembira bila melihat orang-orang yang saya doakan sudah mula menutup aurat tanpa saya sangka secepat itu perubahannya. Menitis air mata saya melihat insan insan yang dikasihi Allah itu. Syukur ya Allah…

Syukur kerana ada insan terdekat sudah mula memahami tentang bersalaman yang boleh dan tidak boleh…

Gembira juga mendengar khabar suami kepada sahabat saya yang terlantar di hospital sejak minggu sebelum Ramadhan sudah mula boleh diberikan cuti untuk berhari raya walaupun seketika sahaja. Sebagaimana ikhlas saya mendoakan, begitulah gembiranya saya menerima berita tersebut walaupun saya tidak mengenali suami beliau.

Saya bercerita bukan kerana mahu mencanang doa saya, namun ingin berkongsi kebenaran tentang betapa mudahnya Allah makbulkan doa ikhlas dari seseorang tanpa diketahui individu tersebut. Masih banyak perubahan  dan hajat saya untuk melihat kebaikan dalam kehidupan seharian. Pada Dialah sahaja tempat meminta.

Saya juga ingin ada orang lain mendoakan kebaikan saya di dunia dan di akhirat. Jika anda yang menyinggah walau sekadar lalu, sudilah harapnya mendoakan saya. Doa dari orang yang tidak mengenali mungkin lebih ikhlas dan tulus…

Saya merindui solat di masjid. Sudah hampir 2 minggu saya diberikan ‘cuti’. Sangat panjang kali ini. Hikmahnya tentulah Dia lebih mengetahui. Saya pohon kesembuhan, agar dapat saya melebihkan Dia dalam kehidupan seharian. Mohon doakan jika sudi.

Saya GEMBIRA sangat bila dikunjungi Dr H kerana dengan sabit kunjungan itu saya terbaca tentang penggunaan kunyit hidup, serta Minyak kelapa dara. Mudahnya buat VCO sendiri…. TQ Dr H.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s