Bila hati mula berkata-kata…

Hari ini, kami menghadiri jemputan berbuka puasa yang dianjurkan oleh majikan suami. Inilah hari pertama saya berbuka di luar setelah 23 hari berpuasa. Suka? Entahlah, perasaan saya berbelah bahagi.

Saya (setakat ini) belum merasakan ada manfaatnya iftar beramai-ramai melainkan bab memelihara silaturrahim dengan cara bersua muka ramai staf dengan pasangan masing-masing. Kenapa?

Setakat ini, iftar tidak lain hanya mengagungkan makan. Tidak memikirkan kepentingan solat berjamaah, dan selebihnya saya pasti banyak membazir. Itu setakat majlis-majlis yang saya hadiri. Dan saya selalunya hadir kerana ‘perlu’ hadir, samada sebab suami atau kerana tugas saya sendiri.

Namanya majlis berbuka puasa, namun kaum wanita masih lagi perlu memasak terutamanya untuk sahur. Dalam kes saya, belum timbul keinginan untuk beli makanan sahur. Lalu petang tadi, saya memasak juga sebelum suami pulang untuk jemput kami ke majlis tersebut.

Ia juga penyebab terlepasnya solat isyak dan terawikh berjamaah untuk kebanyakan staf yang menghadiri majlis ini jika tidak ada usaha dan kekuatan diri untuk berjuang setelah sampai ke rumah kerana tidak semua staf tinggal berdekatan dengan tempat berbuka itu.

Tambah lagi, ia diadakan pada saat kita berjuang membeli JUALAN TERHEBAT pencipta yang Maha Esa. Berbaki cuma 6 hari, JUALAN TIKET mengikut KELAS dan citarasa sendiri dengan harga paling MURAH.

Lalu fikiran sempit saya tidak nampak apa hebatnya majlis berbuka puasa di hotel walaupun ia hidangan hebat di mata manusia. Saya terkenang orang-orang HEBAT yang hanya berbuka dengan tamar dan sedikit juadah ala kadar bagi mengejar solat maghrib berjamaah di masjid. Merekalah bagi saya calon ELIT dalam peperiksaan RAMADHAN tahun ini.

Merenung diri.

Saya makan semeja dengan kakak yang dah lama saya ketemu. Isteri kepada rakan sepejabat suami saya. Cantik orangnya seperti kali pertama saya mengenali beliau 9 tahun yang lalu. Bersua sebaik sahaja suami kami menurunkan kami di lobi hotel lantas kami bersalaman dan berpeluk mesra. Harum bau wangian beliau semerbak.

Bersama beliau, 3 anak teruna berusia 20 tahun, 17 tahun dan si bongsu 8 tahun jika tak silap.Ketika bersiap mengambil hidangan, saya memerhatikan beliau lalu saya bandingkan dengan diri saya. Betapa Allah Maha kaya menjadikan makhluknya sungguh cantik dipandang mata.

Kulit putih gebu, langsung tidak menunjukkan ada masalah. Saya? Allah uji saya dengan kulit kering merekah di setiap sendi jari saya. Pedih sekali setiap kali saya membengkokkan jari , apalagi bila terkena air.

Hidung dan sekitar kulit muka juga kawasan yang sering membuat saya pedih. Ia datang tidak menentu. Saya tahu, saya sudah kelihatan sangat melebihi usia saya. Itu yang saya rasakan hasil pengalaman saya berinteraksi dengan manusia.

Allahu Rabbi. Daku meyakini bahawa perkiraan Mu melangkaui pengetahuan kami. Masih banyak ni’mat lain yang saya miliki. Mata yang masih boleh melihat walaupun dengan bantuan kacamata. Telinga yang masih mampu mendengar. Lidah yang masih mampu merasa dan berkata-kata. Malah anggota yang masih bebas bergerak.

Paling penting sekeping hati yang masih meyakini dengan sepenuhnya bahawa, TIADA TUHAN SELAIN ALLAH dan NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH.

Boleh jadi jika saya sihat walafiat, kulit gebu putih melepak seperti kakak ciptaan Allah yang saya kagumi tadi, saya tidak memiliki sekeping hati seperti saya ada sekarang? Allahurabbi, biarlah kalaupun ia tidak ditukarganti jika begitu sekali.

Agaknya saya belum tentu melabuhkan tudung, atau membalut tubuh saya dengan lengkap sehingga jari kaki jika kulit saya begitu cantik. Subhanallah. saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada.

Saya tidak lagi kisah jika ketika ada sahabat memeluk saya tanpa mencium sedikitpun haruman mahal yang pernah saya gilakan suatu masa dahulu. Kerana saya sudah lupakan bauan itu apabila saya mendengar kata-kata yang lebih kurang begini maksudnya.

Mana-mana perempuan yang keluar rumah dengan memakai wangian dan terhidu oleh lelaki bukan muhrim, maka dia ibarat berzina.

MasyaAllah, saya tidak mahu lagi menghabiskan baki Isey Miyaki kepunyaan saya untuk orang lain ketika keluar rumah. Akan saya gunakan sisa yang ada itu cuma untuk suami.

Banyak lagi kata hati saya sepanjang perjalanan pergi dan balik tadi. Namun tidak mampu saya habiskannya sekali gus dalam entri ini. Saya juga tidak tahu jika saya masih ada waktu untuk catatkannya di lain waktu kecuali dengan keizinanNya.

Suntuknya masa……

 

Advertisements

2 thoughts on “Bila hati mula berkata-kata…

  1. Assalamualaikum,

    Terima kasih kerana sudi memberi saranan resipi kueh bom Terengganu tempuh hari. Sudah mencuba, tapi baru tadi terbaca saranan Misa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s