Benarkah Ikhlas?

Alhamdulillah, syukur kepada Nya kerana masih berpeluang menyempurnakan hari ke 18 ibadah puasa.

Minggu lepas, suami mempelawa sahabat baiknya berbuka puasa di kediaman kami. Ketika itu saya sangat bersedia. Tetapi ditakdirkan sahabat itu terpaksa membatalkan temujanji kerana balik ke bandar K.

Semalam, cuti nuzul quran. Suami maklumkan esoknya ( hari ni ) sahabat itu akan datang berbuka bersama kami.

Hari ini dan semalam saya kurang bersedia. Tangan saya sangat pedih kesan allergik sejak dua tiga hari lalu. Perit sekali bila terkena air. Saya mahu katakan TIDAK bersedia pada suami, tapi memandangkan sahabat ini bakal berpindah dua minggu lagi saya diamkan sahaja.

Semoga usaha saya meraikan tetamu dalam keadaan tidak bersedia ini ada ‘mata ganjaran’ di sisiNya. Saya memang sakit, radang kulit saya nampak makin menjadi. Mungkin kerana pengambilan ubat yang tidak menentu, dengan izin Allah. Namun, hati saya lebih sakit. Semoga allah ampunkan saya.

Suami bukan jemput sahabatnya sahaja, tetapi sekali dengan gadis idaman sahabat itu. Saya tidak suka tindakan suami saya yang ini. Namun, saya tidak mahu pertikaian lidah nanti mencacatkan pahala ibadah saya yang belum tentu ada nilai atau sebaliknya. Saya akur dalam bab meraikan tetamu.

Saya tidak bersetuju bab tetamu yang datang berdua satu kereta. Bukan hanya kerana sahabat itu suami orang, tetapi berdua-duaan itu kita sedia faham apa hukumnya.

Apa pula perasaan isteri sahabat itu jika tahu suaminya sedang berbuka puasa bersama calon madunya di rumah saya. Demi Allah saya tidak mahu mengeruhkan keadaan. Saya tidak mahu menafikan kemampuan sahabat itu dan keizinan Allah untuk dia berkahwin lagi. Saya tahu itu memang boleh dan jatuh berdosa kalau saya mengatakan tidak pada sesuatu yang Allah halal kan.

Namun Allah tak halalkan cara mereka datang ke rumah kami berdua satu kereta. Saya mohon ampun Ya Allah.

Di akhir pertemuan, sahabat itu mengucapkan terima kasih sambil mengatakan ” InsyaAllah, tahun depan  datang lagi”.

Saya tahu beliau kiaskan sesuatu yang dalam maknanya. saya serahkan pada Allah. Cuma terdetik di hati saya, alangkah sedihnya saya jika saya ditempat isteri beliau. Allah…. mahu sahaja saya berterus terang, tetapi saya takut terjadi perkara yang lebih mudharat.

Saya tidak benci kepada si dara idaman sahabat kami tadi. Namun saya benci dengan kerelaan beliau mengikut sahaja bagai kerbau dicucuk hidung. Kami solat maghrib berjamaah di rumah selepas berbuka. Kemudian, sahabat itu pergi solat terawih bersama suami saya.

Lalu si dara ditinggalkan di rumah bersama saya kerana beliau uzur syar’ie. Saya tahu ada maksud si sahabat kami berbuat demikian kerana beliau tahu pendirian saya berkait poligami. Namun, setelah memaklumkan tetamu, saya teruskan sahaja rutin biasa saya solat isyak dan terawih bersendirian sehingga selesai. Si dara menghiburkan anak-anak saya.

Saya tidak ada masa untuk bersembang banyak dengan si dara. Lagipun saya tahu beliau sendiri tak selesa kerana takut diberikan soalan cepu emas. Selesai solat, saya ke dapu untuk sediakan minuman panas sambil berceloteh biasa dengan si dara. Belum siap teh tarik saya, pintu dah diketuk menandakan suami dan sahabat itu sudah selesai solat terawih.

Soalan pertama suami saya . ” Berapa lembar kena soal siasat?” Saya diam sambil tersenyum. Si dara menjawab, ” Tak de lah, “.

Alhamdulillah, saya tidak diberi gerak hati oleh Allah untuk menyelidik soal hati mereka. Saya mahu solat lebih khusyuk, bukan fikirkan urusan poligami orang. Ampunilah hamba Mu yang lemah ini ya Rabbi.

Advertisements

2 thoughts on “Benarkah Ikhlas?

  1. Salam puan, mulianya hati puan…. Kalau saya, mesti tak dapat menahan diri dari meluahkan apa yg saya fikirkan…. dengan harapan, mungkin saya boleh menerangkan sesuatu yang mungkin suami tidak perasan. Selebihnya, terpulang kepada suami samada mahu menerima pandangan saya atau sebaliknya.

    Saya bersetuju dgn tindakan puan yang tidak menyoal siasat si dara. Biarkanlah mereka… Allah tetap ada di mana2. Allah pasti memberikan apa yg terbaik untuk mereka.

    Btw, suami puan tidak baca catitan puan ini, kah?

    • Saya tidak pasti, samada suami saya baca atau tidak. Saya harap beliau membaca. Saya sendiri dah jelaskan pendirian saya tentang poligami pada suami. Dia tahu apa pandangan saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s