Membina Hati Bahagia

“Sesungguhnya nilai perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang, ganjaran yang sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah kerana menuruti perintah Allah dan Rasul-Nya, nescaya hijrahnya diterima oleh Allah dan Rasul-Nya (dan diberi pahala), dan barangsiapa yang hijrahnya kerana keuntungan dunia yang dikejarnya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya sampai kepada niatnya itu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.” (Surah ar-Ra’d, 13: 29)

Di mana lagi mahu mencari panduan terbaik melainkan kembali kepada Kalam Pencipta? Maka ketika terasa diuji dengan seribu satu perasaan yang tidak menepati kehendak kita, patutkah kita mengatakan Allah tidak mendengar?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah al-Baqarah ayat 216

Menerima setiap cubaan Allah dengan berlapang dada dan yakin bahawa Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita pasti memudahkan kita menjumpai jalan bahagia.

Besar sangatkah ujian yang kita terima? Atau kitakah sebenarnya yang memberati diri sendiri kerana enggan berlapang dada?

Surah Al-Ankaboot
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Alif, Laam, Miim. (1) 
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2)
 Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3)

Ya Allah, gantikanlah apa yang telah hilang dari kami dengan sesuatu yang Engkau ketahui lebih baik buat kami. Ameen

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s