Sungguh Dia Maha Mendengar

Tidaklah seorang yang berdoa kepada Allah dengan doa kecuali Allah akan memberikan kepadanya, sama ada dengan dikabulkan segera di dunia lagi. Atau disimpankan untuknya kebaikan di akhirat atau ditutupkan (kifarat) dosanya setakat doanya selama dia tidak doakan unsur-unsur dosa, memutuskan silaturrahim atau mohon disegerakan. Maka sahabat berkata : Ya Rasulullah bagaimana doa minta segera itu? , Baginda berkata : ‘Seorang itu berdoa, aku berdoa Tuhanku, maka perkenankanlah segera’ ( Riwayat Tirmizi)

Alhamdulillah, Dia yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Bisikan hati saya yang mengharapkan peluang solat berjamaah rupanya hanya perlu dimulakan dengan ucapan Bismillahi Tawakkaltu A’lallah.

Bila kita yakin, Masya Allah Dia permudahkan. Dia meringankan sesuatu yang pada fikiran saya sangat berat. Mudah sekali anak-anak saya bertenang kali ini, bermula Jumaat pertama Ramadhan saya merasai ni’mat solat isyak, terawikh dan subuh berjamaah. Alhamdulillah….

Hari ini, saya menerima bungkusan yang sudah lama saya hajatkan tanpa disangka-sangka. Saya sedang menadah tangan memohon sesuatu kepadaNya ketika bungkusan itu tiba. Bayaran pun belum saya buat, pengirimnya benar-benar orang yang bertawakkal kepada Allah. Dengan pesanan ini,

Salam sejahtera,

Saya telah membuat penghantaran tempahan buku sekejap tadi. Jumlah yang perlu dibuat pembayaran (HANYA SETELAH MENERIMA BUKU) adalah jumlah harga pada kulit buku dan dicampur dengan kos pos laju sebanyak RM5.00. Akaun Maybank ************.

MKI

Ketika membaca e-mail beliau, bungkusan telahpun saya terima. Maka sangatlah terharu saya dibuatnya kerana buku yang saya sukar mencarinya telah pun sampai ke tangan. Saya antara yang bernasib baik kerana tempahan yang di buka dalam blog beliau cuma seketika.

Berkali-kali saya semak pesanan baru kalau-kalau beliau mahu menyatakan cara bayaran terlebih dahulu. Saya fikir saya sudahpun terkeluar dari senarai pemilik buku melalui tempahan itu apabila tiada e-mail baru.

Namun rezeki saya masih dalam ketetapan yang lebih diketahuiNya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s