Marhaban Ya Ramadhan

Alhamdulillah, selesai ibadat 1 Ramadhan. Semoga Allah ringankan hati dan jasad ini untuk lebih banyak menghabiskan masa untukNya. Janganlah diberikan rasa malas, lemah dan keluh kesah.

Masih berbaki 29 hari, dan harapnya baki 29 hari ini lebih berkualiti berbanding hari pertama.

Terkenang kisah sahabat saya yang baru diuji Allah dengan kemalangan jalan raya. Beliau selamat, cuma keretanya agak besar kerosakan. Terkedu saya saat mendengar keluhan beliau tentang kenapa Allah mengujinya sedangkan dia sedang berbuat baik kepada insan yang memerlukan. Lalu disebutlah bantuan yang diberikan, diungkit zakat yang telah dibayar, malah lebih menggetarkan urat saraf saya ketika mendengar beliau berkata,

” Kadang-kadang terbit rasa kecil hati atas segala yang berlaku. Kenapa akak diuji sebegini?”

MasyaAllah…. saya pohon Allah ampunkan sahabat saya ini dan mudah-mudahan kata-kata beliau bukanlah kata yang datang terus dari hati yang tidak yakin dengan aturan Allah.

Pada siapa beliau berkecil hati? Lupakah kita sedang menumpang langit dan bumi kepunyaanNya? Maka layakkah kita untuk berkecil hati dengan sang pencipta? Nyawa yang begitu bernilai masih dimiliki, sedangkan jika Dia menghendaki sudah pasti hari ini gagal kita nikmati lagi.

Jangan begitu sahabat, ingat Allah…. Cari dimana silap kita. Bukan mempersoalkan aturanNya….. Astaghfirullah….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s