Tetapkanlah….

Sesungguhnya, Dialah empunya sekeping hati yang lemah ini. Janganlah pula ia terbolak balik…..

Semalam, saya diberi cuti sakit oleh doktor pakar (ophtalmologist) akibat temujanji yang memerlukan mata saya dilakukan ‘dilation’ ( tertera pada kad temujanji perkataan CDBE  namun saya tidak tahu apa maksudnya).

Namun, ia prosedur yang telah beberapa kali saya lalui. Mata akan dititis dengan dua jenis cecair untuk membesarkan anak mata. Akibatnya saya akan mengalami ketidakselesaan mata dengan tahap silau dan kekaburan melampau selama 3-4 jam.

Selepas satu jam, mata akan diperiksa dengan alat yang memerlukan ia menyentuh anak mata. ( Mata sekali lagi akan dititiskan dengan sejenis cecair, kali ini berwarna kuning. Saya agak ianya iodin bagi memudahkan pakar mengenalpasti sel, rasa saya lah…. agak je. ). Alhamdulillah, mata masih dalam keadaan memuaskan walaupun sedikit kekeringan akibat penyakit yang sedia ada serta ubatan yang saya ambil.

Jadi semalam saya berehat sambil meninjau FB ketika mata saya sudah agak ok dalam persekitaran yang tidak terlalu terang. Saya mengalami ujian mata yang sungguh dahsyat ketika itu.

Tiba-tiba terpampang pada skrin komputer gambar percutian seseorang yang sangat dikenali di luar negara. Percutian mereka bersama keluarga, namun saya hampir 99% pasti beliau tersasar memasukkan satu gambar dirinya yang langsung tidak masuk akal untuk saya, malah sesiapa jua menontonnya.

Saya beristighfar dan berdoa bersungguh-sungguh agar Allah sedarkan dia untuk remove gambar itu dengan segera. Hampir menangis saya memikirkan betapa aibnya beliau jika orang lain sempat melihat gambar itu. Allahu Rabbi….

Saya mengambil langkah tidak menegur di public wall kerana bimbang teguran saya akan membuat lebih ramai orang yang tak ada kena mengena dengan beliau terbaca dan terus melihat gambar itu. Mahu menghantar private message juga saya bimbang beliau terasa malu kerana saya telah melihatnya.

Dengan kuasa Allah, beberapa minit selepas itu gambar tersebut telah dikeluarkan dan saya mengucapkan syukur kepadaNya. Allah…

Betapa ghairahnya ketika memberitahu dunia ke mana sahaja percutian kita, malah betapa hebat kerana senantiasa up to date malah mampu membelah awan mengelilingi dunia, dibayar dengan sedikit cukai aib sebegitu…

Saya percaya, jika ada sesiapa kenalan yang senantiasa on komputernya tanpa log off FB pasti paparan gambar tadi mampu dilihat pemiliknya…. Allah…. Saya berdoa sungguh-sungguh agar Allah pelihara maruah beliau.

Lalu doa di atas saya pilih untuk menjadi pesanan pada sekalian yang sudi singgah dan membaca di laman saya ini agar kesilapan itu tidak akan pernah terjadi pada sesiapa juga yang mengaku dirinya islam.

Saya doakan diri saya, seluruh ahli keluarga, zuriat keturunan saya, malah seluruh umat islam agar ditetapkan hati dengan kebenaran dan suluhan cahaya Iman. Ameen

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s