Dugaan

Hari ini sungguh menguji saya. Semalam, saya menempah sotong segar yang saya impikan bakal menjadi ketupat sotong untuk hidangan hari ini. Saya menerimanya semalam tanpa melihat rupanya terlebih dahulu kerana terlalu penat. Saya sampai ketika azan asar berkumandang, dan terus memasukkan sotong itu ke dalam freezer.

Hari ini, dalam kepala saya hanya ketupat sotong. Berbekalkan cash hanya RM20, saya mendapatkan santan dan halia di mini market. Penuh confident, saya keluarkan sotong ke dalam sinki sebaik sampai ke rumah.

Sementara menunggu sotong thawing, saya sediakan hirisan bawang dan halia. Saya solat Asar, dan kembali ke dapur selepas satu jam membiarkan thawing process tadi. Bila saya tarik satu sotong, MasyaAllah barulah saya perasan ia bukanlah saiz yang sesuai untuk ketupat.

Lalu dengan hampa, saya tukar plan. Saya akan goreng sotong dan sediakan gulai pucuk ubi kerana pucuknya sudah tersedia ada. Lalu saya mulakan proses mencelur. Belumpun pucuk ubi saya empuk gas pula kehabisan. Tong gas back up pun tak berisi. Suami nun jauh di Kuantan, dan tengah malam nanti baru sampai.

Oh, saya teringat induction cooker kami yang dah lama tak digunakan. Saya agak saya boleh teruskan memasak guna induction cooker itu. Namun saya gagal on kan alat itu kerana asyik reset selepas beberapa saat di on kan. Saya tak tau apa masalahnya.

Saya kelu, apa saya nak bagi anak2 saya makan dengan baki cash hanya RM3. Bukan tak boleh pergi ‘cucuk’, tapi hari dah makin malam. Saya rasa tak confident untuk keluar hanya dengan anak2 malam-malam. Saya tak kisah dengan jumlah cash saya siang tadi sebab saya confident boleh masak hidangan istimewa saya.

Akhirnya, saya hanya rendamkan 1 mangkuk mee segera perisa ayam untuk anak2, dan perisa kari untuk saya. Ia penyelamat ketika kecemasan. Alhamdulillah…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s