Bila terasa sempit…

Dari wall fb Dr Muhaya,

“Bila Allah murka pada kita hidup akan terasa sempit. Setiap kali kita merasa resah dan sempit dada dan buntu, renung dosa kita dan bertaubat dan hentikan menyalahkan orang lain. Jika ada masaalah dgn orang lihat hubungan kita dgn Allah. Kaum wanita jika tidak jaga solat, tidak jaga aurat, tidak sering bertaubat, hentikan cuba minta orang lain menyelesaikan masaalah atau minta pendapat. Mulakan cari ilmu utk bertaubat dan betulkan ibadat khusus sebelum kita sibuk nak tolong orang dgn amal soleh. Alangkah ruginya kita sibuk buat baik sesama manusia tapi tiang ugama solat tidak dijaga dan maruah kita aurat tak dijaga.”

Maka saya amat berharap agar saya sentiasa diberi Allah hidayah dan iman sehingga berakhirnya nafas saya. Hidayah supaya saya senantiasa mampu berfikir dan nampak jalan yang lurus, bukan jalan bagi orang-orang yang dimurkaiNya bukan pula jalan bagi orang-orang yang sesat. 

Setiap hari saya pasti tak terlepas dari dosa. Saya mohon Allah senantiasa berikan saya rasa ringan untuk memohon keampunan. Janganlah saya dibiarkan hanyut walau cuma sekelip mata, nauzubillah. Inilah ubat hati saya yang sedang agak kerap menyebut-nyebut perkara yang tidak saya gemari. Setiap hari hati terasa hendak meluahkan, namun saya tahan.

Saya bukanlah manusia yang sabar, dan saya bukanlah manusia yang tidak pernah marah. Ujian terbesar saya ialah kesabaran. Saya terlalu tidak sabar dalam banyak perkara. Saya kerap lupa mendahulukan rasa syukur berbanding merepek itu dan ini.

Saya selalu terlupa bahawa itulah ujian buat saya. Ujian kecil yang cuma ibarat habuk berbanding ujian hebat para da’ie dan utusan Allah.

Advertisements

One thought on “Bila terasa sempit…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s