Kisah tauladan

Ia tauladan rumahtangga. Setiap wanita sangat takut dengan perkataan bermadu. Namun hakikatnya ia bukan suatu kesalahan pada si suami. Apa lagi yang hendak di kata kalau itu sudah tersurat halalnya.

Bukanlah bermakna saya membuka pintu seluas-luasnya buat suami untuk mencari satu lagi, namun ia termaktub dalam kitab dari Dia. Pernah juga saya berdepan dengan rakan-rakan suami yang terus terang menyatakan keinginan mereka mencari isteri ke dua. Namun tidak pernah saya memberikan apa-apa komen, kerana saya tahu mereka mampu.

Kisah pertama, si suami A bekerja di negeri bersempadan dengan kediaman mereka. Si isteri juga bekerja di daerah yang sama dengan kediaman mereka. Oleh kerana jarak rumah dan tempat kerja suami jauh, maka suami menyewa berhampiran tempat kerja. Si suami akan balik selang sehari atau selang 2 hari.

Usia perkahwinan mereka sudah belasan tahun. Pendapatan pun sangat-sangat selesa. Si suami menyatakan rasa suka pada office mate ( Saya mengenali ketiga-tiga mereka ) dan berterus terang yang mahu mengambil office mate itu sebagai isteri ke dua. Si dara juga tidak bertepuk sebelah tangan, dan sedia mengetahui status orang yang bertanya. Namun, oleh kerana usia lelaki sudah melepasi angka 40 malah anak sudah 6 orang maka sukarlah mahu membuat perhitungan dengan ibu bapa si dara.

Hint untuk isteri pertama dan anak-anak mula diberi dengan membuat ziarah hari raya ke rumah keluarga si dara. Namun tidak diketahui si isteri. Tiba-tiba si  dara berubah hati. Terpaut pula kepada suami orang yang merupakan kenalan kami juga, sehingga melibatkan pertengakaran.

Pilihan baru si dara ini juga tidak mudah lagaknya. Saya namakan Si B.  Si B dan si A merupakan sahabat baik suatu ketika dahulu. Si B pernah mendabik betapa baik isterinya kerana beberapa kali telah mencari calon untuk dijadikan isteri ke dua suaminya. ( Saya tak mahu kata betul atau temberang kerana bukan saya empunya diri. )

Si B jika mahu dibandingkan pendapatan dan kemampuan dengan si A tadi jauh sangat kurangnya. Punyai anak 3 dan masih pertengahan 30 an. Lalu bila diketahui si A daranya beralih arah berlakulah konflik. Namun didiamkan sahaja.

Rumahtangga si B sekarang sudah tidak ceria. Isteri si B mula mencari si A pula untuk mengadu. Isteri si B juga membuat kenyataan mendabik dada, mengatakan dia masih cantik dan seksi. ( Mohon Allah ampunkan saya jika tersasar )

Sehingga hari ini saya masih tertanya-tanya kenapa isteri si B masih marah-marah jika benar dakwaan suaminya dia pernah mencari beberapa calon untuk si suami. Lalu buatlah pertimbangan akal untuk menilai.

Sehingga hari ini, kisah mereka masih begitu. Saya doakan agar permudahkan segala urusan mereka dan bahagiakan rumahtangga mereka.

Kisah ke dua.

Si suami ( duda anak 2 ) mengahwini seorang gadis yang paras rupanya tidak ada cacat cela. Ditempatkan si isteri di rumah ini. ( buatlah penilaian pada yang membaca. )

Tak sampai 5 tahun usia perkahwinan, si suami mencari isteri kedua. Jika dibandingkan paras rupa, saya sendiri gagal mentafsir apa perlunya si suami mencari gandingan ke dua itu.

Kemahiran memasak juga isteri pertama sudah hebat. Belajar pula menjahit. Sedangkan isteri ke dua memasak masih merangkak-rangkak. Selalu juga isteri tua hantarkan hidangan buat suami dan madunya.

Saya kagum dengan isteri pertama. Sanggup tinggal sebumbung beberapa ketika di rumah itu dengan madunya. Masa berlalu, isteri pertama dipindahkan ke rumah lain yang lebih baik sedikit berbanding gambar di atas. Namun saiz yang lebih kecil.

Memendam perasaan, si isteri masing-masing merahsiakan hal ini dari ibu bapa mereka. Masa terus berlalu. Isteri ke dua ditakdirkan mengandung. Sampai masa, suami mahu adakan kenduri melenggang perut isteri muda. Siapa yang memasak?

Isteri tua dan tetangganya bergotong royong memasak di rumahnya dan kenduri tersebut pula diadakan di rumah ibubapa si isteri muda. Apa pandangan pembaca jika anda merasai tempat isteri pertama? Allah….. saya doakan syurgalah balasan buatnya.

Si suami membina rumah baru. Rumah yang jauh lebih baik dari kedua-2 yang telah ada. Isteri pertama menjadi pengurus projek. Dari order barang, sama-sama ke hulu ke hilir mencari bahan binaan, sehinggalah proses mengecat rumah! Isteri pertama yang lakukan.

Rumah mereka bakal siap tak lama lagi, dan agak saya pasti mereka akan tinggal sebumbung nanti kerana rumah baru itu sebuah banglo.

Betapa mulia isteri tua itu pada hemat saya. Cuma, Allah takdirkan belum punyai zuriat. Saya mendoakan agar si suami lebih pandai mengambil hati isteri 2 nya. Dan semoga isteri solehah itu bakal menghuni syurga tanpa dihisab.

Ameen.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s