Pesanan Kasih Sayang

Perkongsian tulisan dari KRTS,

” Kita sayangkan kedua-dua ibu bapa, ibu dan bapa mertua serta kaum keluarga yang hampir. Hakikatnya, merekalah yang paling sukar ditegur. Kita tidak sanggup melukakan hati mereka yang disayangi.

Itulah tafsiran kasih-sayang yang ada.

Jika begitu, marilah kita lakukan sesuatu untuk mereka yang tersayang. Kita tiada upaya untuk menyatakan. Kita uzur tenaga dan kudrat untuk melafazkannya. “

Lalu beliau memberi nasihat,

” Bangunlah 1/3 malam tersisa. Mohonlah kepadaNya agar Allah bukakan pintu hati orang yang kita sayang supaya berubah. Perbanyakkan puasa-puasa sunat agar bila berdoa Allah akan makbulkan sebagaimana janji-janjiNya.”

Saya sangat berharap agar semua saudara mara yang mengalir darah yang sama dengan saya, juga yang sama dengan suami saya agar berubah kepada cara hidup yang lebih menepati syariat.

Buat semua insan yang dikasihi, saya lemah kerana saya masih banyak kecacatan. Namun, tanda kasih saya pada kalian saya akan pasti berdoa tidak putus agar kalian antara orang-orang yang tidak akan sekali-kali merasai perit pedih azab Allah walau hanya sekelip mata.

Mungkin setiap kali kita berkumpul, setiap kali itulah juga terhimpunnya sedikit kejahilan pada sudut yang kita nampak sangat remeh. Aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami dan semua saudara mara kami serta seluruh zuriat keturunan kami untuk lembut menerima perkara kebaikan. Tetap dan teguhkanlah iman kami untuk terus istiqamah dalam hidup bersyariat.

Ketika kita merasakan rambut, lengan atau mana-mana bahagian selain muka dan telapak tangan  itu ‘tidak mengapa’  jika kelihatan oleh ipar duai, ingatlah dan ketahuilah itulah bahagian yang bakal menerima pedih azab Allah. Demi Allah, saya mengasihi kalian. Lalu kerana itulah saya pohon agar kalian dilembutkan hati.

Ketika perjalanan jauh, jika ada diantara kita beralasan untuk tidak solat hanya kerana tandas dan tempat solat tidak memenuhi citarasa, ingatlah juga kita bakal tidak akan terlepas dari azab Allah…

Ketika ada diantara kita yang memperlekeh, menyindir malah mengeji saudara yang lain menutup aurat di dalam rumah kerana tuntutan syarak, ingatlah mulut yang herot menyindir, mata yang jengil mengeji itulah yang bakal menjawabnya di sana.

Ketika kita berkumpul dan enak bercerita sambil mengeji si polan dan si polan, ingatlah kita juga yang bakal memamah daging mereka kelak. Saya tiada ilmu, saya tidak sempurna, saya pula bukanlah hebat. Saya cuma menyayangi kalian sepenuh hati kerana Allah. Kerana Allah….

Jika saya punya kuasa ajaib, sudah tentu saya akan pastikan kalian semua menjadi terbaik dan sempurna. Kerana saya benar-benar mengasihi kalian.

Saya tidak akan pernah merasa marah jika ada diantara kita mengatakan pakaian yang hebat menunjukkan siapa kita. Kerana saya tidak lagi mencari hebat untuk disebut manusia. Saya takut dengan mimpi saya…. Saya takut dengan nasib kita…..

Tahukah kalian,

Saya pernah mimpikan saya telah dicabut nyawa? Allah…. hanya Dia yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu walau ia hanya baru mimpi. Namun ia mimpi yang akan menjadi pasti. Saya ngeri membayangkan tiada bekalan hebat yang saya bawa. Juga saya belum selesai mengajak saudara saya kepada perkara kebaikan!

Saya juga bermimpi, terjadinya tsunami hebat yang saya saksikan. Air laut melompat setinggi-tingginya denga pelbagai warna! Pada waktu yang sama kalimah Allah tertera di langit yang luas.

Allah… Ketika itu saya benar-benar terbayang dunia sudah sampai dipenghujung! Alhamdulillah, hari ini masih diberi peluang memohon keampunan. Juga masih berpeluang mendoakan kalian……

Alhamdulillah….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s