Perlukah…

Alhamdulillah, kami masih ditakdirkan sihat dan aktif sehingga saat ini. Peritnya ketika mengetahui zuriat kami pengidap SMA (Spinal Muscular Arthrophy) dan sekaligus mengesahkan bahawa kami ibu dan ayahnya merupakan pembawa tanpa perlu membuat pengesahan ujian darah.

Ia sekaligus memberi jawapan kepada persoalan yang sama ketika melahirkan anak sulung 8 tahun yang lalu walaupun ketika itu ujian pengesahan untuk SMA agaknya masih belum ada di negara kita.

Sehingga kini, SMA masih dikaji dan masih merupakan kes terpencil di negara kita. Memandangkan dalam kes kami sudah ada 2 zuriat yang menunjukkan masalah yang sama, maka ada pihak penyelidik dari HUSM berminat menjadikan kami sampel untuk kajian SMA.

Saya tidak pernah memberikan jawapan secara rasmi. Berbelah bahagi. Saya tahu dan faham, kerjasama kami bakal membuka penjelasan yang mungkin sangat berguna untuk orang lain kelak. Bagi pihak diri saya sendiri greenlight itu sudah lama menyala cuma tidak pernah saya nyatakan atas beberapa sebab.

Greenlight cuma dalam hati, kerana saya tahu inilah peluang kami untuk berbuat amal jariah yang tidak berbentuk wang ringgit. Saya sangat teringin memberikan persetujuan (demi kebaikan orang lain di masa hadapan).

Namun saya bimbang mahu mengetahui apakah status 2 puteri saya yang masih tinggal ini. 2 putera yang dijemput penciptanya telah jelas status mereka kerana tanda-tanda yang sama walaupun salah seorangnya tidak pernah mendapat ujian pengesahan.

Saya tahu, 2 puteri kami ini kebarangkalian mereka normal ( bukan pembawa ) cuma 25%  dan kebarangkalain mereka juga pembawa ialah 50%. Saya belum kuat untuk mengetahui jika baki kebarangkalian 25% lagi menjadi milik mereka iaitu pengidap.

Saya juga memendamkan sahaja jawapan ‘yes’ ini semata-mata kerana memikirkan dua puteri ini. Untuk kami ibu bapa sahaja kami boleh menerima apa juga bentuk sampel yang diperlukan selagi tidak menyalahi kaedah syarak. Namun, bagi membenarkan mereka menyakiti anak-anak kami, walau hanya dengan tusukan jarum kami belum punyai kekuatan kerana kami tahu ia bukan ubat jika mereka berada dalam kategori 25% terakhir yang saya sebutkan tadi.

Saya  yakin dengan qadak dan qadar Allah, namun akhir2 ini saya kerap memikirkan hal ini kerana ada sedikit rasa bersalah ( agaknya kami mementingkan diri). Saya juga tertanya-tanya, adakah berdosa jika saya terus membisu sedangkan saya boleh membantu dunia perubatan negara kita ( agak saya sahaja ).

Jika meminta pendapat orang tua, mereka pasti menyatakan jangan. Saya pernah meminta pendapat adik sendiri yang juga berada di dunia perubatan. Beliau tidak mengatakan ‘pergilah’… dan tidak pula mengatakan  ‘jangan’. Cuma nasihat beliau supaya saya tunggu anak-anak saya lebih dewasa….

Saya masih memikirkan, tunjukilah wahai Tuhan yang Maha Pengasih…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s