Kerana Ahmad

Sudah 3 kali Ahmad berkunjung ke teratak kami. Kali pertama bersama Uminya   menikmati hidangan tengahari ala kadar sahaja. Kunjungan ke dua dan ke tiga, Ahmad bermalam di sini. Cuma Ahmad. Uminya sudah pulang ke Tanah Suci Makkah, tempat mereka bermastautin.

Kali pertama, saya sendiri agak teruja kerana tidak  menyangka Ahmad benar2 mengotakan janji mahu berkunjung ke rumah kami ketika perkenalan singkat di Musim Haji 1432 yang lalu. Namun, keterujaan saya itu rasarnya tidak perlulah ditunjukkan keterlaluan.

Berbeza dengan pandangan golongan tua di kalangan keluarga kami. Kerana Ahmad, seolah2 satu negeri mahu dicanang dan dijemput semata2 kerana Ahmad tinggal di Mekah. Lalu dapatlah si Ahmad ini senarai panjang segala pesanan dan kiriman doa yang datang dari pelbagai ragam.

Belum kira dengan panjangnya ‘recording’ pesanan video masing2 yang agaknya mengalahkan sebuah filem. Anehnya, golongan yang saya kira tinggi pelajarannya pun melahirkan pe’el yang sama. Jika setakat golongan warga emas saya boleh menerima kenapa mereka bersikap demikian.

Soal jodoh anak sampailah soal jual beli tanah, semuanya tersenarai panjang isi kandungan doa mereka. Hairannya, belum pun rakaman  doa2 itu ditunjukkan oleh Ahmad pada ibunya  di Makkah, sudah timbul pula cerita betapa makbulnya doa oleh Umi si Ahmad. Saya cuma mampu mendoakan ahli keluarga kami ini tidak goyah meyakini bahawa sesungguhnya Allah pasti memakbulkan doa sesiapa jua dari kalangan hambaNya yang Dia kehendaki. Walau di ceruk mana sekalipun kita berada.

Taksubnya mereka kepada Ahmad membuat saya tertanya2. Sewaktu diri mereka berada di Tanah Suci, tidak pula nampak kesungguhan mereka untuk mengunjungi Masjidil Haram lengkap 5 waktu solat. Tetapi bila balik disebut2 indah kata dari perbuatan. Dan mereka jugalah yang begitu beriya2 mengirimkan doa yang berjela2.

Saya yakin Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Maka jika saya tidak di Tanah Suci tidak mahukah Dia memakbulkan doa saya? Tidak! Dia tidak pernah mengira tempat, kaum atau warna kulit. Yang penting keikhlasan dan kesempurnaan hubungan kita dalam mencari Kasih Sayang Allah.

Cukuplah Allah bagiku, bukan manusia atau yang lain.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s