Sukar

Beberapa hari lepas, saya terbaca satu post yang lebih kurang begini

” Jika gaji RM 5000 tapi kita bekerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk  duit, anak soleh, keluarga bahagia dan sebagainya. Sebaliknya jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas seperti gaji RM 2000  maka beza RM 3000 itu Allah akan tarik  dalam bentuk kecurian, anak nakal, kesusahan dan seumpamanya.”

Mohon Allah ampuni setiap saat yang terkurang dalam pekerjaan saya. Biasa juga terdengar rakan-rakan berkata

” Alah, buat apa beriya sangat buat kerja, bukannya boleh naik gaji pun. “

Bila saya fikir semula, ternyata ada benarnya post yang di share oleh sahabat itu. Malah, post itu juga mula menyedarkan saya betapa selama ini banyak juga ruang waktu yang saya gunakan sewaktu bekerja itu mungkin dalam status masih ‘berhutang’ .

Cabaran yang paling sukar bagi saya ialah bagaimana mahu melawan godaan “geng sembang”  ketika berada dalam kelompok rakan-rakan. Sememangnya ia godaan besar. Setiap hari azam saya mahu hindarkan diri dari godaan tersebut dengan cara hanya menumpukan perhatian pada kerja saya dan tidak sekali-kali singgah di mana2 stesen ‘mesra’ walaupun hati sangat teringin ke sana.

Saya cuba dan masih mencuba, dan ada kalanya  saya masih terbabas. Mohon Allah ampuni saya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s