Kutu

Belalang jutakutu dan katak adalah antara azab yang diutus kepada Firaun dan kaumnya supaya mereka merendah diri terhadap ayat-ayat Allah. Dia menjelaskan,

“Maka Kami mengutus kepada mereka banjir, dan belalang juta, dan kutu, dan katak, dan darah – ayat-ayat yang jelas; tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa.” (7:133)

Saya baca artikel ini dari AHP ( artikel dari AO), Masya Allah…. hebat kejadian Allah walau ia hanya kecil saiznya.

Dari WIKIPIDEA saya dapat maklumat ini.

Wabak Mesir (Ibrani: מכות מצרים, Makot Mitzrayim) atau Sepuluh Wabak (עשר המכות, Eser Ha-Makot) merupakan sepuluh bencana yang diturunkan kepada masyarakat Mesir purba oleh Tuhan dalam kitab lama Exodus, bab 7 – 12, untuk memaksa Firaun (kebarankalianRamesses II, yang dikatakan firaun bagi Penindasan Horemheb) untuk membebaskan Bani Israel.

Al-Quran tidak menyebutkan sepuluh bencana ini seperti yang disebutkan dalam Injil dan Taurat dengan panjang tetapi Quran menyebutkan secara jelas 5 penderitaan (surat 7:133) iaitu:

(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan dan belalang, dan kutu dan katak dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.

Lukisan John Martin berkenaan bencana hujan batu berapi

Wabak tersebut adalah:

  1. (Exodus 7:14-25) sungai dan punca air lain bertukar menjadi darah (‘Dam’)
  2. (Exodus 7:26-8:11) reptilia (dipercayai katak dan kodok) (‘Tsfardeia’)
  3. (Exodus 8:12-15) kutu (‘Kinim’)
  4. (Exodus 8:16-28) ‘Arov’, yang bermakna sama ada lalathaiwan liar atau kumbang
  5. (Exodus 9:1-7) penyakit pada ternakan dan tanaman (‘Dever’)
  6. (Exodus 9:8-12) bisul dan kudis yang tak terubat (‘Shkhin’)
  7. (Exodus 9:13-35) ribut hujan batu yang berapi (‘Barad’)
  8. (Exodus 10:1-20) belalang juta (‘Arbeh’)
  9. (Exodus 10:21-29) kegelapan (‘Choshech’)
  10. (Exodus 11:1-12:36) kematian anak sulung (‘Makat Bechorot’)

Walau bagaimanapun, semua wabak tersebut tidak mengena Bani Israil dan harta mereka dan wabak terakhir tersebut dihindari dengan melakukan korban kambing Paschal, menandakan pintu rumah mereka dengan darah kambing dan memakan daging korban tersebut yang telah dipanggang bersama dengan Matzot (“Roti Orang Miskin” לחם עוני) dalam satu jamuan keraian. Taurat menerangkan yang Tuhan melintasi melalui Mesir untuk mengambil nyawa semua anak sulung, tetapi hanya lintas lalu (yang kemudian diingati sebagai “Passover” – lintas lalu) rumah yang mempunyai tanda darah kambing pada pintu mereka. Wabak inilah yang membuatkan Firaun akhirnya mengalah dan membebaskan Bani Israil ke mana sahaja mereka mahu pergi.

Taurat turut mengaitkan arahan Tuhan kepada Nabi Musa a.s. yang peristiwa pelarian Bani Israil haruslah disambut dan diraikan setiap tahun pada cuti Passover (“Pesah” פסח); upacara yang memperingati keadaan ketika kaum Israil melarikan diri. Taurat turut menambah yang Tuhan membiarkan anak sulung kelahiran Bani Israil sebagai rasional kepada rukun penebusan anak sulung (Exodus 13:11-16). Peristiwa ini juga diingati dalam puasa anak sulung pada hari sebelum Passover yang secara tradisinya tidak di dilakukan kerana perayaan siyumdiadakan yang membuatkan puasa tersebut tidak perlu.

2 thoughts on “Kutu

    • Waalaikumussalam wbt

      🙂 Ya berat tanda betapa saya teruja dengan sedikit ilmu ini. Semua secara tak sengaja. Mula dengan menonton satu rancangan tv1 ( tak ingat apa tajuk ) pasal kutu sebagai satu bentuk bala dari Allah. Terkejut bila saya baru tau kutu ada disebut dalam Al Quran ( dhaifnya ilmu saya ).

      Kemudian semalam, belek2 artikel lama2 dari AHP, terbaca pulak topik pubic lice karangan AO! lagilah saya teruja. Terus copy paste aje dari wikipedia tanpa edit. Tu yang pening kalau orang baca kot! 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s