Fahamtum ?

Dari seorang teman, terpapar di wall facebook beliau.

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. …

۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je…

۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. ۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.

۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke….Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

۞ Syaitan kata, ‘JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG.

Lalu teringat betapa kurangnya masa saya peruntukkan untuk AL QURAN berbanding urusan lain. Sehari meninggalkan AL QURAN 40 hari AL QURAN meninggalkan kita ( pesanan lama di zaman sekolah oleh guru agama. )

Ketika di Madinah, solat subuh terakhir di Haram di imamkan oleh Sheikh Solah  Al Budair dengan tangisan teresak2. Jika Sheikh Solah  Al Budair menangis kerana memahami isi bacaan beliau, saya juga turut menangis tapi bukan kerana memahami!

Saya menangis kerana saya GAGAL memahami isi bacaan itu. Rata2 jemaah semuanya menangis ketika itu, namun saya sangat cemburu pada mereka yang menangis kerana memehami.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s