Semoga terampun.

Saya sedang cuba menghabiskan trilogi AKU TERIMA NIKAHNYA yang baru cuma separuh, lalu perjalanan ke HSNZ hari ini saya isi dengan membaca. Sangat tertarik dengan tajuk dibawah lalu saya petik sebahagiannya disini.

Dosa Kita Mengatasi Kesalahan Anak-anak

“Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?

Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!”

Ia mencelikkan mata mengantuk saya! Sungguh baik sekali garapan Ustaz Hasrizal pada saya. Dan saya mula menyesali tempoh 5 tahun saya mendidik anak-anak saya! Semoga terampun dosa-dosa kami.

Lapang

Alhamdulillah, perjalanan temujanji saya dengan Klinik Pakar Rheumatologi hari ini sangat mudah dan melapangkan. 😉

7.15 pagi kami menghantar anak2 ke sekolah dan terus menuju ke HSNZ yang memakan masa 1 jam perjalanan dari rumah kami. Saya sampai lebih kurang 8.50  pagi di kaunter pendaftaran Kompleks Rawatan Harian HSNZ. Jam 9 sudah berada dikaunter MOPD, menunggu untuk saringan tekanan darah dan timbang. Selesai saringan saya ajak suami ke cafe sementara menunggu giliran saya dengan nombor 401.

Selesai makan, saya dan suami ke surau untuk solat dhuha. Selesai sahaja saya terus ke Klinik MOPD semula dan menjangkakan saya perlu menunggu lagi. Tertera nombor 401 pada paparan nombor giliran sebaik saya mendongak. MasyaAllah, Alhamdulillah.

Saya berjumpa Dr Asmah, Rheumatologist yang sentiasa di bilik no 2 setiap kali saya ke sana. Result ANA saya negative, ESR, FBC, UFEME semuanya cantik. Saya sudah boleh discaj dari klinik Rheumatologi ! Alhamdulillah, inilah yang saya doakan tak putus-putus.

Saya masih teruskan rawatan, cuma tidak perlu ke HSNZ buat masa ini kecuali bila ada simptom2 yang perlu semula. Saya sudah bebas dari satu belenggu karenah birokrasi setiap kali mahu ke sana.

Saya sangat senang dengan Dr Asmah setiap kali menerima rawatan. Terima kasih Dr! Saya selesai sekitar jam 12.30 tgh setelah ambil ubat di farmasi dan ambil darah.

Cuma saya tak berapa berkenan dengan staf2 muda di tempat ambil darah. Bukan sekali saya ambil darah di sana, berkali kali dan saya jumpa orang yang sama. Ada 4 orang semuanya, dan setiap kali ambil darah saya perasan semuanya tak pernah pakai glove ketika saya di situ.

Mereka mungkin sudah sangat mahir tetapi saya ungkit pasal glove sebab keadaan kuku mereka yang tak sepatutnya! Staf yang sama, saya lihat kuku mereka ketika ambil darah saya. Kuku panjang dan hitam! Apa perasaan anda jika jari kuku hitam itu yang swab alkohol sebelum injection di lengan anda?

Mereka sangat muda, dan kuat berjenaka. Tidak salah, tetapi tidakkah mereka juga ditegur oleh sesiapa? Tegur kukulah, bukan tegur pasal jenaka.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s