Siapa buat?

Hari ini, saya sungguh teruja dengan soalan si adik ketika makan.

” Umi, adik dok suke sayur. ”

“Sayur bagus, kanak-kanak kena makan banyak sayur”

“Kenapa mesti makan sayur?”

“Sebab, sayur bagi kita kulit yang sihat, mata sihat, badan sihat cepat besar”

“Jadi tinggi macam abah ke kalau makan sayur Umi?”

“Ya, jadi macam abah”

“Umi pun tak cukup lagi lah makan sayur eh?”

“Kenapa pulak?”

“Sebab umi pendek lagi!”

“(Owhoooo…) A’a, ya lah. Adik kena makan habis la sayur tu kalau nak tinggi. Adik pendek ke tinggi?”

“Adik kecik, adik bukan pendek. Umi, siapa buat abah jadi tinggi?”

“Allah buat abah jadi tinggi”

“Sebab apa Umi pendek?”

“Sebab Allah jugak buat pendek”.

“Nanti adik doa suruh Allah bagi adik tak pendek”

Ketika yang lain, saya teringat pesanan rakan sejawat supaya sentiasa sebut perkataan Nabi dengan anak-anak bagi melahirkan rasa cinta mereka kepada Rasulullah. Bukan senang melahirkan rasa cinta pada orang yang kita tak pernah jumpa, namun ia tidak mustahil malah perlu dipupuk rasa cinta itu supaya hadir.

Lalu saya cuba kongsi pesanan rakan saya tadi dengan suami dan anak-anak.

” Kakak, siapa nama Nabi kita?”

“Nabi Muhammad” serentak dua sikenit tu menjawab.

“Nabi kita pesan, kalau masuk rumah kena baca bismillah dengan bagi salam”

“Kalau tak baca?”

“Kalau tak baca, ada syaitan yang tunggu rumah kita dia akan buat keluarga kita suka kelahi”

“Kena baca setiap kali masuk rumah ke Umi?”

“Ya, baca apa?”

“Bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh”

“Kakak nak bagi tahu kawan-kawan kakak esok. “

“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” [Al-Nur :61]
Lafaz salamnya ialah :
ألسلام علينا وعلى عباد الله الصالحين
Maksudnya : “Salam sejahter ke atas kami dan sekalian hamba-hamba Allah yang soleh”.
Maksudnya:

“Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakkal.

 

Advertisements

2 thoughts on “Siapa buat?

  1. bagusnya dan kritis pandangan si adik. comel je cara dia bersembang. 🙂
    adab masuk rumah:
    dakwah boleh dilakukan dan dipanjangkan dengan cara yg cukup mudah & simple. alhamdulillah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s