Mampu kita dan mampu mereka….

Terbaca komen seorang Haji dari Blog Haji Saya. Lalu saya bertanya dalam hati, ” Beginikah seorang bergelar Haji berbicara?” Saya petik komen kedua Haji DXchange kerana komen pertama terlalu ‘sakit’ untuk saya jadikan tatapan.

DXchange said…

Pakej Haji Tabung Haji Muasasah adalah pakej haji TERMAHAL dan bukan nya pakej ‘biasa’dan ‘termurah’dipasaran. Jemaah yang bersangka baik semasa memilih pakej ini pada tahun 2011 ini MENYESAL kerana inilah perjalanan áir mata’ kerana wang diperlukan bagi makanan, dobi, beli ubat difarmasi kerana ubat-ubat klinik Tabung Haji ‘termurah’dan tidak berkesan lansung; bayar upah ibadat bagi yang tak mampu antara 300 hingga 400 riyal setiap ibadat ! Tabung Haji tidak memainkan peranan lansung mengambil tahu tentang kesulitan jemaah. Kelibat petugas TH memang tak kelihatan sejak mendarat di Madinah pada 11 Oktober 2011.
Kelemahan pengurusan Tabung Haji jelas sejak dari Kelana Jaya lagi. Menunggu di dewan selama hampir 2 jam untuk VIP-VIP merasmikan majlis, jemaah dikawal ketat seolah dalam penjara. Air minum pun dirampas, tak diberi bawa masuk. Yang belum bersarapan sakit perut dan muntah-muntah. Di KLIA juga waktu menunggu sangat lama. Air botol pun tak boleh diedarkan ke?
Program ‘MENUNGGU BERJAM-JAM’nio memang sinonim dengan TH. Di Madinah airport yang kolot dan ketiadaan teknologi terkini menyebabkan jemaah pelbagai negara menunggu lebih 3 jam sebelum menaiki bas untuk ke hotel Al Haram Madinah. Dalam bas pun MENUNGGU lagi dengan drebar bas muasasah arab yang bodoh sombong, mengunci pintu bas, tidak bagi jemaah turun ke bilik air, tiada komunikasi , dan petugas Tabung Haji tidak kelihatan lansung. Tiada taklimat daalam bas, tiada taklimat bila sampai di hotel Al Haram Madinah.

Ya ALLAH, dedahkan lah kezaliman pengurusan Tabung Haji Malaysia dan pemimpin-pemimpin yang bersama nya. Amin.”

Ya Allah, lupakah Haji DXchange siapa yang menjemput beliau menjadi tetamu ke sana? Lupakah beliau lagi siapa yang memberikan penyakit dan siapakah yang menyembuhkan segala penyakit? Janganlah ada sesiapa yang membaca komen Haji DXchange ini patah semangat untuk menunaikan haji!

Ingin saya khabarkan, saya juga penghuni hotel yang sama dengan Haji DXchange, tetapi kami berlainan KT ( Penerbangan ). Saya akui ia hotel yang agak uzur, namun kita dijemput menjadi tetamuNya untuk beribadah, bukan makan angin.

Sila rujuk blog MariaFirdaus yang mengupas satu tajuk yang sangat2 benar pada pengalaman saya.  Mereka jauh lebih dhaif, tetapi tidak manja demi benar-benar menjadi tetamu Allah.

Airport Madinah dikatakan kolot kerana tiada teknologi canggih? Tak perasan ke Haji DXchange bahawa mereka guna sensor retina scan ketika urusan Imegresen? Salah TH kah jika airport mereka tidak canggih sekalipun?

Saya juga sempat merakam gambar semasa mereka mabit di Muzdalifah dan Mina. Mereka boleh berada dimana2 sahaja, hatta dibawah lori! Kenapa? Kerana mereka benar2 ikhlas demi mendapat haji mabrur. Lihatlah sendiri.

Cuaca sangat terik, hanya disini mereka berteduh dan bermalam

Khemah ditengah divider jalan..

Dibawah fly over

Sekadar celahan divider ketika suhu hampir 40 degree

Nun diseberang jalan mencebok anak dibawah terik mentari...

Inilah rupa bilik saya di Hotel Jauharat Al Khazindar, Ajyad yang dikatakan penyebab batuk demam tak baik2 oleh Haji DXchange

Dan ini sebahagian lobi hotel uzur ini, namun sangat selesa pada saya...

Semoga pembaca komen beliau tidak akan merasa susah hati hanya kerana sedikit keluhan Haji DXchange. Berbesar hatilah kerana dijemput menjadi tetamu Allah! Hargailah ruang dan peluang kerana masih ramai yang menunggu giliran nun tahun 2042! TH buat macam mana sekalipun, jika Allah tak sudi, maka kita takkan sampai.

Indah kenangan disana buat saya, teringin kembali ke sana…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s