Sabarlah disaat kesabaran itu hilang….

Dari fb Dr Muhaya,

Orang berjaya ialah mereka yang memberi dgn ikhlas dan menerima dgn bersyukur. Lihat berapa kali kita ucap terima kasih kepada orang keliling kita . berapa kali kita ucap penghargaan dibanding dengan kritikan. Berapa kali lihat kebaikan dari melihat kesalahan. Sifat kita selalunya jika betul 95% salah 5% peratus , kesalahan yang akan disebut dan penghargaan tidak disebut. Mereka yang yakin diri, punya harga diri tinggi suka menghargai sebaliknya mereka yang kurang yakin diri dan kurang harga diri payah menghargai. Jom audit diri kita

Bina bilik sunyi didalam minda kita dimana kita duduk diam dan muhasabah diri dan mujahadah kepada Allah. Masuk ke bilik ini tanpa gangguan sesiapa. Guna imaginasi untuk membina bilik atau lokasi mana dan cuba tenangkan diri setiap kali rasa panik, tertekan, . Guna imaginasi untuk kerehatan dan kebaikan. Hentikan imaginasi benda yang menyusahkan kita. Ambil masa 5 minit . bukan time wasted tapi time invested. Ckp saya sekarang masuk kebilik ini dan bayangkan betapa indah dan tinggalkan semua kerisauan. Kita perlu escape sesekali. Tak payah pergi cuti baru nak rehat. Sistem saraf kita perlu rehat. roh kita perlu kerehatan. SOlat dan mujahadah dan tadabbur AlQuran cara rehat dan juga guna imaginasi.

Kalau kita selalu kcil hati dan nak marah untuk hal peribadi satu penunjuk ego masih tinggi. Bila kurang semua insyaAllah makin dekat dgn Allah

Saya akui, saya sangat cepat kecil hati terutama dengan ibu mertua. Namun bila terbaca status ke 3 Prof Dr Muhaya, saya akur bahawa ego saya masih tinggi.

Saya sangat stress minggu ini, kepala tak henti berdenyut sudah beberapa hari. Semalam, saya balik rumah dengan azam untuk tidak memikirkan beban yang sarat itu. Saya balik masih dalam keadaan kepala berdenyut, mencari penawar dengan berselawat tak henti dan saya sediakan makan malam untuk anak2 dan suami. Saya perlu lawan, dan saya yakin Allah akan bantu. Hasilnya, kepala saya berhenti berdenyut sebaik anak2 meminta untuk makan.

Saya sangat tenang melihat mereka berdua makan, sehingga kakak tertidur selepas makan dan adik pula menyanyi-nyanyi keseorangan tanda senang hati hingga turut tertidur.

Suami sejak semalam dalam keadaan tak berapa baik kesihatannya, tapi masih boleh bekerja. Hidangan saya tak disentuh, sebaliknya suami tertidur. Mood saya merudum, lagi sekali saya gagal mengawal emosi bila terasa usaha saya tak dihargai ( walaupun niat suami bukan begitu ).Saya menangis, agaknya tekanan beberapa hari ni juga buatkan suami jauh hati dengan saya.

Saya cuba kejutkan suami untuk makan malam, tapi nampak dia benar2 tak larat dan tak mahu makan lagi katanya. Mencari kekuatan dan penawar lagi, saya  menonton 30 minit bersama ustaz don di Tv Al Hijrah sementara nak kejutkan anak yang mesti ambil antibiotik jam 11.30 malam. Anak2 dan suami dah lena, saya masih tahan mata sambil sediakan pakaian mereka untuk hari ini.

Tepat 11.30, saya kejutkan adik dan berikan antibiotik. Kemudian saya kejutkan suami sekali lagi bertanya untuk makan, namun ditolak.  Saya berselawat mohon Allah lapangkan hati saya dan jangan berkecil hati.

Saya sudah terlelap ketika terdengar seperti ketukan yang sangat kuat dari tingkap di ruang tamu. Ya Allah bagai nak runtuh jantung saya, berdebar2 dan terkejut yang amat sangat. Rupanya Ibu Mertua saya !

Saya lagilah terkejut, sudah terfikir yang bukan2. Tapi lega bila dengar MIL saya itu membebel marahkan kami tidur awal sangat! Jam dah hampir 12 malam! MIL mahu suami betulkan tv yang tak keluar gambar kerana tersilap tekan butang AV! Itu sahaja!

Saya tak sampai hati kejutkan suami lalu saya ambil tudung dan kunci sambil mata masih diusahakan untuk celik luas-luas dan masih terasa terawang awangan. Selesailah urusan itu, namun leteran MIL sekali lagi merudumkan emosi saya ketika saya masih di puncak rasa kecewa!

Sekali lagi saya pujuk hati supaya tidak meninggikan ego saya! Dikala saya hanya mampu berzikir Allah uji kekuatan saya mengawal sabar. Saya hampir tewas, namun saya masih mengharapkan ia sentiasa mendampingi saya.

Cepatlah habiskan ‘cuti’ ini ya Allah, agar aku dapat sujud mengadu padaMu!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s