Rumah Besar di KRTS

Jika ada yang masih mengingini Rumah Besar di SANA, bacalah perkongsian ini. Setiap hari saya akan baca santapan rohani dari blog ini. Doa-doa dari karangan penulis inilah yang kerap kali berjaya menjuraikan air mata dari jasad yang penuh dosa ini. ( Buku Travelog Haji Mengubah sempadan Iman )

Petikan dari entri di blog Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan

Rumah Besar

“Dr mahu membina rumah di syurga?,” tanya Walid pada hari yang lain.

Lalu beliau bercerita kaedah yang dinyatakan melalui hadis-hadis yang dipelajarinya. Ada yang mudah untuk dilakukan dan ada yang kelihatan sukar (InsyaAllah…. ada caranya).

Saya catatkan tiga perkara terlebih dahulu. Pertama, mengamalkan solat sunat 12 rakaat yang dikenali sebagai sunat rawatib, 2 rakaat selepas zuhur, 4 rakaat sebelum zuhur, 2 rakaat sebelum asar, 2 rakaat selepas Isya dan 2 rakaat sebelum subuh.

InsyaAllah ia boleh dilakukan dengan mudah.

Kedua, bacalah al-ikhlas 10 kali nescaya Allah bina sebuah rumah di syurga. Saya tersenyum mendengar kenyataan ini kerana ia merupakan bacaan rutin saya. Ia bukan kerana nilai rumah di syurga tetapi saya ingin berzikir dan memilih satu surah al-Quran yang saya sukai.

Saya pilih – dengan izin Allah – surah ini.

Ketiga, binalah masjid. Menurut pendapat, menyumbang kepada masjid, kegiatan masjid dan pelbagai kaitan lain dengan masjid boleh dikategorikan sebagai membina masjid.

Emmmm…. orang kaya-kaya boleh membina sebuah masjid untuk mereka. Patutlah…. itulah yang dilakukan oleh tokoh-tokoh terkenal di negara kita.

Saya menanam cita-cita untuk mendirikan sebuah masjid. Namun saya mahu membina masjid berdasarkan taqwa, tiada tiang-tiang yang banyak dan di tempat yang mereka tidak mampu untuk melakukannya.

Bagaimana caranya?

Saya melihat jalan yang bercahaya. Nanti saya khabarkan!  InyaAllah agar ia dipermudahkan.

Dan, mudah-mudahan saya tidak terlupa.

Pelancaran Tabung Masjid KRTS

Jika anda sudi menjadi penyumbang RM100/sebulan selama 24 bulan, sila maklumkan kepada saya di mki@muhdkamil.org bagi tujuan rekod dan peringatan yang anda mempunyai komitment.

Tuan/puan boleh membayar RM2400 dengan sekali bayar atau dibayar setiap bulan. Jika mahu menyumbang lebih daripada jumlah ini sangat-sangat dialu-alukan.

Bagi mereka yang lain, sumbanglah setakat mana yang termampu. Di takdirkan saya meninggal dunia, Roza akan meneruskan usaha-usaha ini – insyaAllah – sehingga berjaya.

Saya mohon dimaafkan.

Sumbangan boleh dibayar melalui akaun maybank Raudzah Roslan: 112102080097 yang sudah kosong dan dikhaskan untuk projek ini semata-mata.

Jumlah Terkumpul 29 Januari 2012: RM174 000

Sasaran: RM300 000 (19.1.2014)

Lokasi: Di kawasan yang sangat-sangat memerlukan sebuah masjid yang akan ditentukan kemudian. ( Prof sudah maklumkan dalam satu entry, ianya do Somalia.)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s