Disebalik doa

Semasa di tanah suci, antara doa yang sering saya teringat-ingat sampai sekarang ialah doa yang dibaca diantara lampu-lampu hijau ketika saie yang mana disunatkan berlari anak hanya untuk lelaki. Setiap kali membaca doa ini saya pasti jatuh air mata.

Maksudnya,

” Ya Allah ampunilah, sayangilah, maafkanlah, bermurah hatilah dan hapuskanlah apa-apa yang Engkau ketahui dari dosa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa-apa yang tidak kami ketahui.Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Mulia lagi Maha Mulia”

Sangat mendalam dan menyentuh hati saya setiapkali melafazkannya…

Saat lain yang selalu meruntun hati ialah tatkala solat jenazah yang ada jenazah kanak-kanak. Setiap kali pasti terhiris mengingatkan dua putera yang telah pergi ketika masih merah. Doa untuk jenazah kanak-kanak lelaki menambahkan sayu hati saya.

Maksudnya,

“Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w semulia-mulia rasul dan ke atas kaum keluarga serta para sahabat sekalian. Ya Allah, jadikanlah dia sebagai ganjaran pendahulu untuk ibu bapanya, sebagai tangguhan dan juru syafaat. Beratkanlah timbangan ibu bapanya kerana dia, dan teguhkanlah kesabaran dalam hati ibubapanya. Janganlah dijadikan ibu bapanya terfitnah selepas ketiadaannya. Janganlah dihalang ibu bapanya mendapat pahalanya. Ya Allah, ampunkanlah orang kami yang masih hidup dan mereka yang telah mati, yang ada bersama kami dan yang tiada bersama kami, yang besar, yang kecil, yang lelaki dan yang wanita. Ya Allah siapa sahaja dari kalangan kami masih yang Engkau hidupkan, maka hidupkanlah dia atas agama islam. siapa yang Engkau matikan dari kalangan kami, maka matikanlah dia di atas iman. Ya Allah, janganlah dihalang kami dari mendapat pahalanya dan janganlah dijadikan kami terfitnah selepasnya. selawat dan salam Allah ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga serta para sahabatnya sekalian dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.”

Kali pertama membaca maksud doa ini saya terus jatuh air mata tanpa sedar. Kematian di tanah suci setiap hari pasti ada, dan solat jenazah ada pada setiap waktu. Antara solat jenazah yang turut saya sempat lakukan ialah untuk raja kedua kerajaan Arab Saudi. Dah lupa namanya.

Solat Jenazah biasanya dibuat sekali sahaja setiap lepas waktu solat fardu untuk  beberapa jenazah, tapi bila Al Malik, ia dibuat khusus untuk beliau sahaja dan kemudian barulah untuk orang biasa sekali lagi.

Banyak kematian setiap waktu, namun ada beberapa yang saya tak boleh lupa.Semasa di Madinah, kematian yang mengejutkan berlaku pada hari ke 9 kami di sana. Penghuni Hotel Al Haram, iaitu hotel yang saya dan keluarga menginap terjatuh dari atas. Kuasa Allah, tiada secalitpun kesan darah di tempat kejadian.

Kemudian yang dapat saya ingat dengan jelas ialah seorang jemaah Turki yang meninggal diatas kerusi roda di ruang Saie betul-betul  dibukit Safa. Dua jemaah  warga emas negara kita pula ketika sedang tawaf, terjatuh dan dipijak lalu menghembuskan nafas dalam keadaan paling bersih rasa saya. Kemudian ketika  di Arafah setelah masuk waktu maghrib seorang jemaah tercekik daging hidangan terakhir sebelum berangkat ke Muzdalifah menjadikan beliau meninggal dalam ihram.

Jika Allah kata sampai masa, walau sakit walau sihatpun pati tak akan terlewat atau terawal mahupun sesaat. Saat pemergian anakanda ke 4 Muhammad Akhtar Syamil pada pagi Jumaat yang mulia 8 bulan lepas masih segar dalam memori saya kerana perginya dalam dakapan pertama dan terakhir saya!. Wajah tenang itu akan pasti segar terpahat di ruang hati saya selamanya.

Anakanda pertama pula telah pergi 7 tahun lalu, ketika saya tiada disisinya. Hibanya kehilangan yang pertama setelah menunggu 9 bulan 10 hari hanya Dia yang tahu. Namun Doa di atas membuat saya tersenyum diiringi air mata.

Kini tinggal cuma dua puteri ke 2 dan ke 3. Giliran kami pula pasti tidak terlepas. Saya idamkan menjadi penghuni Baqi’. Semoga Allah makbulkan  bila tiba saatnya.

Advertisements

3 thoughts on “Disebalik doa

  1. amiin… moga dimakbulkan.

    p/s- rasanya belum sampai ke tahap berdoa sampai mengalir air mata kecuali ketika didepan kaabah suatu ketika dulu. betapalah lemahnya iman ini…
    bantulah aku memperbaiki diri ya Allah…

    • Sangat sukar mengalirkan air mata jika berdoa dalam bahasa Arab, tapi percayalah jika dibaca terjemahan doa tersebut ( tak payah baca bahasa arab selagi tak tahu maknanya ) itulah saat paling tulus dan berbekas dijiwa. Ia sangat benar dalam hampir semua situasi saya .

      Sesungguhnya air mata yang mengalir kerana takutkan Allah dan cintakan Allah dapat membebaskan kawasan yang terkena air mata itu dari bahang api neraka. Sapulah air mata berharga itu tika ia keluar ke seluruh badan seberapa boleh.

      Dan orang-orang yang senantiasa menitiskan air mata takut kepada Allah Subhanahu wata’ala dinyatakan di dalam hadis,

      عَيْنَانِ لاَ تَمُسُّهُمَا النَّارُ: عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِي سَبِيْلِ اللهِ

      “Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api Neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah Subhanahu wata’ala, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah Subhanahu wata’ala.” (HR. At-Tirmidzi no. 1639, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih At-Tirmidzi dan Al-Misykat no. 3829)

    • Dan diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Muslim dari hadits Abu Hurairah Radhiallahu’anhu,

      وعن ابى هريرةرضى اللّه عنه عن النّبىّ صلّى اللّه عليه وسلّم قال : سبعةيظلّهم اللّه فى ظلّه يوم لاظلّ الاّظلّه :

      Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda, “Ada tujuh orang yang akan dinaungi oleh Allah Subhanahu wata’ala dalam naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya sendiri”, Disebutkan di antara mereka,

      ورجل ذكراللّه خالياففاضت عليناه (متفق عليه)

      “….Orang yang mengingati Allah Subhanahu wata’ala di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya.” (Muttafaq ‘alaih)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s