Ragam pentadbir budiman vs pemberian

Kisah pentadbir dan sahabat budiman

Hari ini saya perlu berjumpa doktor semula bagi mengetahui result darah yang tak sempat balik ke Klinik Pakar semasa TCA lepas. Masalahnya, temujanji begini tiada hitam putih temujanjinya, kerana saya perlu cross ke UPL setelah ambil fail di klinik pakar ( nurse la yang bawakkan, bukan saya kena cari).

Puas saya memikirkan cara terbaik bagi memastikan saya tidak buang banyak masa dan tanggungjawab saya tidak terbengkalai, malah menyusahkan orang lain. Lalu 7.30 pagi saya punch card, dan terus minta izin dari boss no 2 untuk urusan itu kerana saya tak nampak kelibat boss no 1.

” Pukul berapa boleh balik sekolah semula?”

“Saya tak berani nak cakap, paling awal pun pukul 11.30 agaknya”

“Lama sangat tinggal kelas, mintak MC ajelah!”

Saya terus diam dan tak kata apa2. Saya tidak terniat langsung untuk MC hari ni sebab saya tau saya ada banyak tanggungjawab. Kalau benar-benar saya mahu MC saya tak datang minta izin untuk ke hospital! Saya sudah termimpi-mimpi due date SMM pelajar yang belum selesai, malah saya tahu jika saya MC lagi banyak kelas yang perlu di ‘relief’. Semua orang tak suka relief, saya tahu! Sebab tu saya datang minta kebenaran!

Saya pohon kebenaran dari boss no 1 setelah beliau muncul dan mudah sahaja kebenaran diperolehi. Saya mencari rezeki yang halal dan saya perlu tahu status kesihatan saya untuk terus berkhidmat! Terima kasih kerana memahami.  Pukul 8 pagi saya keluar, dari start kereta saya berdoa:

” Ya Allah permudahkanlah urusanku hari ini supaya aku tak perlu menyusahkan rakan-rakan yang terpaksa masuk kelas aku!”

Penuh yakin! Saya tawakkal dek terlalu kecil hati dengan boss no 2 tadi. Sampai di Hospital saya terus ke klinik pakar, maklumkan nurse tentang urusan saya. Nurse arahkan saya segera ambil giliran di UPL. No giliran saya ialah 1055. Waktu saya dapat nombor giliran, baru beberapa orang yang masuk bilik doktor.

Selesai mendapatkan nombor giliran, saya ke Klinik Pakar semula, dan nurse dah ready dengan beg galas berisi dokumen  mengiringi saya ke kaunter saringan UPL. Terus nurse masuk bilik daftar semula untuk dapatkan kad rawatan UPL saya, dan saya nampak rekod saya dari Klinik Pakar di ngangakan atas meja sambil nurse tu tercegat menunggu.

Tak sampai 10 minit saya dipanggil masuk , jumpa Dr dan selesai. Pukul 9 pagi urusan saya selesai, tapi nurse yang baik hati berikan extra 1 jam dalam timeslip sehingga pukul 10 pagi.

” Saya tau awak belum makan..”

Saya tak kata apa2 sebab dia dah tulis dulu baru dia cakap macam tu. Saya dah sediakan sarapan untuk anak2 dan suami sebelum punch card dan saya dah jamah sikit walaupun tak kenyang. Langsung saya tak terfikir minta lebih masa untuk makan sebab saya tau masa saya nampak “pemalas” jika masih ambil peluang begitu.

Saya kembali ke sekolah dan saya sempat masuk kelas pertama saya hari ini walaupun terlewat beberapa minit! ( saya sudah pohon halal dari anak2 didik saya yang baik semuanya) Tak ada kawan perlu gantikan saya, walau pun sorang tu sangat baik hati datang ke kelas saya ketika saya sudah masuk! Terima kasih kerana jujur pada waktu saya, dan saya hargainya kawan! Beliau beredar setelah saya maklumkan saya selesai lebih awal di hospital.

Allah makbulkan doa saya tadi! Urusan saya dipermudah…. Kawan-kawan, yakinlah pada Allah, dengan bulat hati! Pasti Dia makbulkan…

Pemberian

Selesai kelas, saya ke pejabat serahkan timeslip saya. Seseorang yang pernah berkirim doanya semasa saya menunaikan haji baru2 ini menghulurkan sesuatu.

Ini yang saya maksudkan, cantik..

” Kak, ni untuk akak.”

“Apa ni? “

“Ambillah, tanda terima kasih kerana tolong bawakan hajat saya ke sana”

“MasyaAllah… bukan akak yang tunaikan hajat adik!. Salah tu! Dia yang memang dah tetapkan rezeki adik….”

“Ya, ni tanda terima kasih saya khas untuk akak. Kena ambil jugak!”

Saya tak gembira sebenarnya! Tak gembira dengan cara begini, tapi untuk jaga hati adik tu depan ramai staf, saya ambil. MasyaAllah, tak sangka begitu reaksi mereka bula hajat dikabulkan.

Saya ingin sekali bertanya jika tiada orang lain memerhatikan kami ketika itu.

“Sudahkah adik sujud syukur padaNya? Itu yang lebih baik jika adik terus berterima kasih padaNya!”

Saya doakan tiada orang lain yang akan mengikut langkah adik ini setelah doa mereka dimakbulkan Allah! Benar2 saya mohon begitu! Saya takut jika tersilap perkiraan mereka habis saya yang menjadi punca! Sesungguhnya doa tulus kita sendiri walau dimana berada pasti Allah perkenankan jika kita bulat yakin padaNya! Yakinlah!

Masih ramai juga yang minta saya tolong doakan mereka begitu dan begini, dan saya cuma jawab InsyaAllah… Tidak bersungguh memberikan respon bukan kerana saya malas, tapi saya tak mahu mereka ta’sub berharap pada saya! Saya mahu mereka yakin pohon pada Allah!

Bila diingatkan begitu mereka berkata,

“Betul dah tu, yakin pada Allah tapi doa orang yang masih baru balik ni lain”

Saya sentiasa mendoakan mereka! Termasuklah anak didik saya . Cuma saya tak mahu mereka tahu saya mendoakan mereka! Kerana doa sebegitu lebih tulus dan mudah makbul!

Umm Darda’ r.a meriwayatkan hadis, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya), maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, amin dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu.”

Malaikat pun Aminkan, kan lebih baik? Berdoalah untuk kebaikan orang lain…..sebagaimana kita doakan kebaikan untuk kita!

Kesan doa ke atas anak2 didik ternyata jelas!  Saya tenang sepanjang tahun ini dengan mereka! Sungguh menyejukkan….. Saya akan terus doakan mereka begini,

” Ya Allah, tanamkanlah rasa cinta anak2 didikku kepada solat, rasa cinta kepada Al Quran serta rasa cinta pada ilmu. Perindahkan akhlak mereka Ya Allah, peliharalah mereka dari fitnah dunia. Ampuni, rahmati dan berkatilah mereka dunia dan akhirat.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s