Belum terlambat

Jom mulakan sesuatu yang betul..

Barangkali ia tajuk yang sungguh bosan. Tidak mengapa bagi yang merasa bosan, kerana lumrah manusia memang suka sesuatu yang ada daya tarikan. Yang membosankan walaubagaimana pun boleh jadi sesuatu yang bakal membawa perubahan untuk kita.

Pengalaman saya banyak menyokong kenyataan bahawa kita sebenarnya suka dipuji malah sangat suka bila diketahui kita lebih dari orang lain.

Sepanjang 45 hari di tanah suci dua bulan lepas, saya melihat banyak perkara yang kadang2 saya fikir “Kenapa ia mesti berlaku disini?”.  Ternyata ketika berserah diri semata-mata untuk beribadat pun manusia masih boleh lupa diri.

Saya mengambil contoh pengalaman menunaikan haji kerana jika difikirkan, manusia ke tanah suci semata-mata untuk beribadat dan menyerah diri membawa dosa yang menggunung. Inilah keadaan paling tawadhuk dan bersih bagi manusia sangka saya mulanya.

Melihat ramai manusia bergambar dan postkan wajah ayu dan segak di wall facebook tidaklah begitu pelik pada saya walaupun ia sebenarnya mencerminkan ujub kita terhadap diri sendiri.  Tapi bila masing-masing bergaya di tanah suci, sama hebat abaya dengan lipstik merah menyala dan barang kemas yang menonjol dipergelangan tangan dan jari (nasib baik setakat ini sahaja yang boleh dinampakkan) malah haruman attar semerbak yang dari jauh boleh dihidu, saya mula terfikir adakah kita sudah cukup ikhlas datang kerana Dia? Mohon Allah ampunkan saya kerana berburuk sangka.

Saya cuma takut terjebak sama, kerana pengaruhnya sangat besar. Oleh itulah saya sentiasa berkira-dalam hati tanya betul atau tidak  sebenarnya? Saya juga beli abaya yang saya sangat berkenan. Namun saya jadi ragu untuk memakainya kerana bila saya perhatikan orang lain memakai abaya tersebut seolah ada satu perasaan hebat dengan gaya berjalannya. Lagi sekali ampunkan saya Ya Rabbul Ghafur.

Ketika di Madinatul Hujjaj, sebelum penerbangan balik Jeddah – Kuala Terengganu saya bertanya suami, adakah saya nampak lain jika saya memakai abaya tersebut, dengan harapan dihati saya tidak akan timbul perasaan ‘itu’. Alhamdulillah, suami katakan “Dengan Umi nampak tidak menjadi masalah, tapi yang saiz badannya besar nampak tak sesuai dengan abaya macam ni. Pakailah. ”

Masing-masing terlalu ketara keterujaan tentang penampilan diri ketika penerbangan pulang, terutamanya gaya jubah, abaya dan tudung. Saya bercakap tentang wanita, khusus buat wanita. Saya juga faham, inilah penampilan untuk keluarga mereka nanti.

Saya pula, cuma fikirkan bagaimana mahu meminimakan kebarangkalian  pakaian terkena najis sepanjang 8 jam berada di dalam pesawat. Saya cukup ngeri dengan elevator pesawat kerana tidak semua Jemaah Haji tahu menggunakannya dengan betul. Walaupun ada cara untuk memastikan pakaian tidak bersentuh dengan sisa basah orang lain, namun ruang yang terhad memungkinkan segalanya.

Perkara lain yang buat saya tertanya-tanya, bila jemaah haji juga mengumpat di tanah haram. Bila ditegur, keluarlah nada sinis yang sukar sekali mahu dilupakan. Terutamanya yang sudah ada tabiat mesyuarat tingkap sejak berpuluh tahun di tanahair.  “Alah, kita cakap perkara betul, bukannya fitnah!”  Selalunya itulah alasan.

Yang sudah berusia dengan ragam mereka, yang muda pula dengan ragam tersendiri. Tetapi ragam yang tua pada pemerhatian saya mengatasi  kebanyakan yang muda. Saya pernah menangis kerana ketika mahu melepkan mata pun telinga saya masih disogok dengan umpatan.

Dalam kalangan keluarga pula satu persepsi yang sedih dan selalu teringat2 ialah tentang aurat. Kebanyakan kita tidak mengerti dan hanya berpendapat rambut itu sahajalah aurat.

Dalam keluarga terdekat sendiri, saya sukar mengerti kenapa mereka begitu menitik beratkan anak2 termasuk yang sudah remaja menyalami sesiapa sahaja! Jika tidak bersalaman boleh menjadi suatu kemarahan! Termasuklah yang telah ke tanah suci!

Sukarnya saya didik anak2 saya siapa yang boleh disalami dan siapa yang tak boleh kerana mereka keliru! Keliru antara penerangan saya dan amalan keluarga terdekat! Mohon Allah sentiasa berikan Taufik dan Hidayah buat anak2 saya nanti walau ketika saya sudah tiada!

Pakaian kita dipandang atas dan bawah seolah2 suatu kesalahan besar kerana pelik dimata mereka! Suka atau tidak, saya mohon Allah berikan kekuatan pada saya untuk terus istiqamah. Saya pernah kecundang di awal perkahwinan kerana kata2 manusia, tapi saya tidak mahu ia berlaku lagi.

Sungguh sejuk memandang wanita arab berkelubung hitam, dan saya pernah meluahkan pada suami sekiranya berpeluang saya mahu berpakaian begitu! Terasa selamat berada dalam kelubung bila tiada yang mengenali.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s