Bertafakur dan bersyukurlah

Anak-anak Umi,

Sentiasalah kalian bertafakur dan bersyukur akan segala nikmat dan kurnia yang dianugerahkan Allah kepada kamu dari atas sehinggalah dari bawah tapak kaki kalian.

” Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat mengiranya”

Kesihatan kamu, keamanan dalam negara, makanan, pakaian, udara dan air! Kamu mempunyai duni sedang kamu tidak menyedarinya, kamu mempunyai hidup sedang kamu tidak mengetahuinya.

” Dan Dia sudah menyempurnakan nikmat-nikmatNya bagi kamu, meliputi yang zahir dan yang batin”

Ingatlah kamu mempunyai sepasang mata, satu lidah, sepasang bibir, sepasang telinga, dua tangan dan dua kaki.

” Maka nikmat Allah yang mana lagi hendak kamu dustakan?”

Adakah satu perkara yang tidak mustahak bagi kamu mampu berjalan menggunakan dua kaki? Bagaimana jika kedua-duanya kudung?

Adakah satu hal yang kecil bagi kamu yang masih boleh tidur lelap sedangkan ramai orang yang tidak dapat melelapkan mata kerana menahan sakit dari penyakit yang menimpanya?

Adakah kamu tidak merasa apa-apa ketika memakan makanan yang lazat sekenyang-kenyangnya dan meminum minuman yang enak sepuasnya, padahal ketika itu terdapat ramai orang yang tidak boleh makan dan minum kerana suatu penyakit?

Ranungkanlah semula tentang anugerah pendengaranmuyang dijauhkan dari tuli, tentang anugerah penglihatanmu yang dijauhkan dari buta, tentang anugerah kulitmu yang terhindar dari penyakit sopak dan seumpamanya.Dan jangan pula kamu lupa untuk merenung dan memikirkan anugerah akal fikiranmu, bagaimana jika sekiranya ditakdirkan gila atau tidak siuman?

Umi tak pernah lupa untuk doakan agar kamu berdua senantiasa dalam peliharaanNya.

Adakah kamu mahu menukar anugerah penglihatan yang kamu miliki itu dengan emas sebesar gunung Uhud? Adakah kamu rela menjual anugerah pendengaran yang kamu punyai dengan perak sebesar bukit?

Adakah kamu bersedia menukar lisan kamu dengan istana-istana yang megah tetapi selepas itu kamu menjadi orang bisu? Atau adakah kamu rela menukar kedua-dua tangan kamu dengan intan dan permata tetapi selepas itu kamu menjadi kudung tangan?

Sesungguhnya kamu sedang menikmati begitu banyak kuniaan Allah yang amat bernilai, tetapi kamu tidak menyedarinya. Lantas mengapa perlu kamu bermuram durjasedangkan pada waktu yang sama kamu mempunyai makanan yang sedap, air bersih untuk diminum, badan yang sihat serta boleh tidur dengan lena? Kamu terus menangisi apa yang luput dari kamu, bukan mensyukuri apa yang kamu punyai..

Suatu hari nanti,  kamu mungkin susah hati kerana tidak lagi punya Umi sedangkan di tangan kamuada anak kunci kebahagiaan, gudang kebaikan, anugerah, nikmat dan laian-lain….. Berfikir dan bersyukurlah dari sekarang,  kerana bila sampai masanya kamu akan kuat menerima ketentuan.

“Terhadap diri kamu sendiri , mengapa kamu tidak perhatikan?”

Fikirkanlah tentang dirimu, keluargamu yang masih ada, rumahmu, pekerjaanmu,  kesihatanmu, kawan-kawanmu dan dunia sekelilingmu.

“Mereka mengetahui nikmat Allah itu, kemudian mereka mengingkarinya”

Jangan jadi begitu wahai anak-anak……. Umi mengharapkan kamu berdua menjadi anak solehah yang sentiasa mendoakan Umi ketika Umi tidak lagi mampu membantu diri sendiri.

La Tahzan, 7-8 : tanggal 11 Januari 2012

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s