Bertahanlah wahai diri….

Anak-anak sudah pandai membawa diri dalam rumah. Bila balik dari sekolah, anak2 akan buat aktiviti mereka dalam bilik dan umi akan sibuk didapur. Sudah tidak perlu runsing sangat apa diorang buat. Boleh masak dengan tenang, kecuali jika kedengaran mereka masuk bilik air. Tandanya memang diorang nak main air.

Namun, tak sangka pulak mereka sudah terlebih jauh ke depan. Kakak dan adik bekerjasama keluar dari bilik mereka melalui tingkap! Terkejutnya umi rasa nak pitam melihat calar balar pada bahagian dada kakak sebab beraksi tanpa baju!

Sekali rasa nak marah, tapi bila tengok gaya dia bercerita seolah2 itulah jalan penyelesaian kepada tombol pintu yang rosak menunjukkan mereka sedang guna pakai kreativiti yang berisiko!

Umi makin rasa tak sihat. Tapi Umi mesti sihat untuk anak2 umi!

” Na, tak sihat ke? Akak nampak awak pucat sangat…”

” Ok, ni akibat malas makan ubat,….”

” Are u sure? please take care”

Itu antara perbualan sms umi dengan rakan sekerja yang sangat prihatin pada umi. Cepatlah kamu berdua membesar anak-anak, kerana umi tak sanggup tinggalkan kamu ketika kamu masih belum mampu uruskan diri. Tapi kamu sudah mampu uruskan diri sekarang….. Kakak dan adik sangat rapat…

Kadang2 umi rasa seolah2 masanya semakin pendek. Kakak yang selalu ingatkan umi untuk makan ubat. Pernah satu ketika kakak menagis-nangis marahkan umi kerana tidur tak makan ubat, dan memang umi malas bangun sebab penat sangat. Hanya yang tahu apa itu LUPUS tahu betapa PENAT merasai kepenatan akibat LUPUS!. Setiap sendi terasa sakit, AMAT SAKIT!

Lebih sakit jika ditambah dengan stress. Suami dan anak2 adalah terapi umi…. Umi cuba sedaya upaya untuk berikan khidmat terbaik selagi nyawa masih Allah pinjamkan….

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s